Selepas menghiasi pokok dengan lampu yang berkelip-kelip, saya mengikat reben-reben merah jambu dan biru pada dahan-dahannya dan menamakan pokok Krismas itu sebagai “Harapan untuk seorang Bayi”. Saya dan suami saya telah menunggu untuk seorang bayi melalui pengambilan anak angkat untuk lebih daripada empat tahun. Sudah tentunya kami berharap impian ini boleh terjadi sebelum Krismas!
Setiap pagi saya berdiri di sisi pokok itu dan berdoa, mengingatkan diri saya tentang kesetiaan Tuhan. Pada 21 Disember, kami menerima berita ini: tiada bayi sebelum Krismas. Dengan hati yang hancur, saya berhenti seketika di tepi pokok yang telah menjadi simbol pembekalan Tuhan. Adakah Tuhan masih setia? Adakah saya melakukan sesuatu yang salah?
Kadangkala, Tuhan secara nyata tidak menjawab doa kita disebabkan oleh disiplin-Nya yang penuh kasih. Pada masa yang lain, Tuhan dengan penuh kasih menangguh jawapan-Nya untuk memperbaharui kepercayaan kita. Dalam Ratapan, nabi Yeremia menerangkan pembetulan Tuhan terhadap Israel. Kesakitan ini dapat dirasai: “Anak-anak panah daripada tabung panah-Nya menembus ginjalku” (3:13). Walau bagaimanapun, Yeremia masih menunjukkan keyakinan yang tidak bergoyah dalam kesetiaan Tuhan: “Belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu!” (ayat 22-23).
Saya membiarkan pokok itu kekal di sana, walaupun selepas Krismas dan meneruskan doa pagi saya. Akhirnya, pada hujung minggu hari Easter, kami menerima bayi perempuan kami. Tuhan adalah sentiasa setia, walaupun tidak semestinya selalu menurut garis masa kita atau kehendak kita.
Anak-anak saya sekarang berusia tiga puluhan, tetapi setiap tahun saya akan mempamerkan pokok itu yang berversi kecil, untuk mengingatkan saya dan orang lain supaya berharap kepada kesetiaan Tuhan.