Bapa saya memiliki kebolehan untuk menentukan arah, sesuatu yang saya juga ingin miliki. Dia boleh tahu arah utara, selatan, timur, dan barat. Seakan-akan dia lahir dengan kebolehan tersebut. Biasanya dia sentiasa betul, sehingga pada suatu malam.

Malam itu bapa saya telah tersesat jalan. Dia dan ibu saya telah menghadiri sebuah majlis di sebuah kota yang jarang dikunjungi dan bertolak dari sana ketika hari sudah gelap. Bapa saya yakin bahawa dia tahu arah untuk kembali ke lebuh raya, tetapi dia tidak dapat. Dia menjadi keliru, dan akhirnya berasa hampa. Ibu saya pun meyakinkannya dengan berkata, “Saya tahu ia sukar, tetapi cuba gunakan telefon kamu untuk mendapatkan petunjuk arah. Saya rasa itu lebih baik.”

Dalam ingatan saya, itulah pertama kali dalam hidupnya bahawa bapa saya yang berumur 76 tahun perlu menggunakan telefon untuk mendapatkan petunjuk arah.

Pemazmur adalah seorang yang mempunyai pengalaman hidup yang penuh. Tetapi mazmur memberitahu kita tentang masa Daud merasakan kehilangan secara rohani dan emosi. Mazmur 143 memperlihatkan kepada kita salah satu daripada situasi tersebut. Hati raja yang hebat itu telah menjadi putus asa (ayat 4). Dia berada dalam kesusahan (ayat 11). Justeru itu, dia berhenti sejenak dan berdoa, “Tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh” (ayat 8). Dia tidak bergantung kepada telefonnya, sebaliknya pemazmur berseru kepada Tuhan, “kerana aku berharap kepada-Mu” (ayat 8).

Jika “seorang yang berkenan di hati-Nya” (1 Samuel 13:14, TB) pun boleh berasa bingung dari masa ke masa, itu bermakna kita juga perlu kembali kepada Tuhan untuk memohon petunjuk arah daripada-Nya.