Month: Januari 2019

Kemuliaan yang Lebih Besar

Ada banyak pertunjukan tKaisar Agustus diperingati sebagai pemerintah Roma yang pertama dan paling agung. Dengan kemahirannya dalam dunia politik serta kuasa ketenteraan, dia menghapuskan musuh, memperluas empayar, dan mengangkat Roma daripada sebuah kawasan kejiranan yang terbiar kepada sebuah kota yang penuh dengan arca-arca dan rumah ibadat yang diperbuat daripada marmar. Orang Roma menyanjungi dan menganggap Augustus sebagai bapa ilahi dan penyelamat bangsa manusia. Ketika pemerintahannya selama 40 tahun menjelang pengakhiran, kata-kata rasminya yang terakhir adalah, “Saya menemukan Roma sebagai sebuah bandar tanah liat, tetapi menjadikannya sebagai sebuah bandar marmar.” Bagaimanapun, menurut isterinya, kata-kata terakhirnya sebenarnya adalah, “Adakah saya memainkan peranan saya dengan baik? Berikan tepukan tangan ketika saya melangkah keluar.”

Diubah dan Mengubah

Tani dan Modupe membesar di Nigeria dan pergi belajar di United Kingdom pada tahun 1970-an. Setelah mereka sendiri mengalami perubahan disebabkan oleh rahmat Tuhan, mereka tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dipakai untuk mengubah salah satu komuniti yang serba kekurangan dan terpencil di England—Anfield di Liverpool. Ketika Dr. Tani dan Dr. Modupe Omideyi bergantung pada Tuhan dan melayani komuniti mereka dengan setia, Tuhan pun memulihkan harapan bagi ramai orang. Mereka memimpin sebuah gereja yang bersemangat dan terus menjalankan banyak projek komuniti yang telah membawa perubahan kepada ramai orang.

Berjalan Dalam Terang

Kegelapan menyelubungi seluruh kampung kami apabila bulan lenyap. Petir mengelar langit, diikuti hujan ribut dan dentuman guruh. Saya terbangun dan menjadi takut. Sewaktu kecil, saya mula membayangkan gergasi yang menakutkan sedang menerkam saya! Bagaimanapun, apabila menjelang fajar, bunyi itu menghilang, matahari terbit, dan ketenangan muncul kembali dengan kicauan burung-burung yang menyenangkan di bawah sinaran matahari. Perbezaan antara kegelapan malam yang menakutkan dan sukacita pada siang hari memang amat ketara.

Mata Tertutup Rapat

Anak buah lelaki saya tahu dia tidak seharusnya melakukan hal itu. Saya dapat melihat dengan jelas bahawa dia sudah menyedari bahawa dia sudah berbuat salah: semuanya tertulis di wajahnya! Ketika saya duduk bersama dengan dia untuk membincangkan kesalahannya, dia terus menutup matanya dengan rapat. Dia duduk di situ sambil berfikir—dengan logik seorang budak yang berumur tiga tahun—jika dia tidak dapat melihat saya, maka saya mesti tidak dapat melihat dia. Jika saya tidak melihat dia, maka dia boleh mengelakkan perbualan (dan akibatnya) yang dijangkakannya.