Pada awal 1960-an, beberapa buah lukisan yang unik yang memaparkan orang atau haiwan dengan mata besar dan sedih menjadi popular. Ada orang menganggapnya sebagai hasil karya yang tidak berkualiti—atau kodi—tetapi ada juga yang menyukainya. Ketika suami artis itu yang menghasilkan lukisan itu mula mempromosikan hasil karya isterinya, pasangan itu semakin berhasil. Akan tetapi tandatangan artis tersebut—Margaret Keane—tidak muncul dalam karyanya. Sebaliknya, suami Margaret membentangkan hasil karya isterinya itu sebagai miliknya sendiri. Margaret dengan takut telah berdiam diri tentang penipuan itu selama dua puluh tahun sehinggalah perkahwinan mereka berakhir. Kedua-dua mereka harus melukis di mahkamah untuk membuktikan identiti artis yang sebenar.

Penipuan lelaki itu jelas salah, namun walaupun kita sebagai pengikut Yesus, kita mungkin berasa begitu mudah untuk mendapatkan pujian bagi bakat yang kita miliki, kemahiran kepimpinan yang kita tunjukkan, bahkan perbuatan baik yang kita lakukan kepada orang lain. Tetapi sifat-sifat itu hanya dimungkinkan oleh anugerah Tuhan. Dalam Yeremia 9, kita mendapati bahawa nabi meratapi sikap para umat Tuhan yang tidak memiliki rendah hati dan tidak mahu bertaubat. Dia menulis bahawa Tuhan mahu kita tidak berbangga dengan kebijaksanaan, kekuatan, atau kekayaan kita, melainkan dapat memahami dan mengetahui bahawa Dialah Tuhan “yang mengasihi orang selama-lamanya … melakukan yang adil dan benar” (Yeremia 9:24).

Hati kita penuh dengan perasaan syukur apabila kita menyedari identiti Artis yang sebenar. “Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah” (Yakobus 1:17). Segala kemuliaan dan pujian diberikan kepada Pemberi hadiah yang terbaik.