Akhirnya, pada 8 Januari 1964, Randy Gardner yang berusia 17 tahun telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya selama 11 hari dan 25 minit: dia tertidur. Dia mahu mengalahkan Rekod Dunia Guinness Book untuk jangka masa yang paling lama manusia dapat berjaga. Dengan mengambil minuman ringan dan bersenam di gelanggang bola keranjang dan lorong boling, Gardner menolak untuk tidur selama satu minggu minggu. Sebelum dia tertidur pada akhirnya, deria rasa, bau, dan pendengarannya menjadi semakin tidak teratur. Beberapa dekad kemudian, Gardner mengalami insomnia yang teruk. Dia telah berjaya menciptakan rekodnya, tetapi dia juga mengesahkan dengan jelas: tidur adalah sangat penting.
Ramai antara kita berjuang untuk mendapatkan rehat yang baik pada waktu malam. Tidak seperti Gardner yang sengaja tidak melelapkan mata, kita mungkin menderita kerana tidak dapat tidur atas beberapa sebab—termasuklah kegelisahan yang menggunung: ketakutan terhadap apa yang kita perlu capai, ketakutan terhadap jangkaan orang lain, dan perasaan tertekan disebabkan oleh kadar kehidupan yang pantas. Kadangkala, kita berasa sukar untuk menghapuskan perasaan takut dan menjadi relaks.
Pemazmur memberitahu kita bahawa “jika bukan TUHAN yang melindungi kota,” sia-sialah usaha kita (Mazmur 127:1). “Kerja keras” dan usaha tanpa henti kita adalah sia-sia kecuali Tuhan menyediakan apa yang kita perlukan. Bersyukurlah kerana Tuhan menyediakan apa yang kita perlukan. Dia “memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya” (ayat 2). Dan kasih Tuhan tersebar luas kepada kesemua kita. Dia mengajak kita untuk melepaskan kegelisahan kita kepada-Nya dan berehat penuh dalam Dia, dalam anugerah-Nya.