Namanya panjang tetapi umurnya lagi panjang. Madeline Harriet Orr Jackson Williams hidup selama 101 tahun, lebih lama daripada dua orang suaminya. Kedua-dua suaminya itu ialah pengkhutbah. Madeline merupakan nenek kami. Saya dan adik-beradik berhubungan rapat dengannya; kami tinggal di rumahnya sehingga dia berpindah dengan suami keduanya dan jarak rumahnya adalah kurang daripada 80 kilometer dari rumah kami. Nenek kami merupakan seorang penyanyi mazmur, pembaca doktrin, pemain piano yang takut kepada Tuhan; saya dan adik-beradik saya dipengaruhi oleh imannya.

Menurut 2 Timotius 1:3-7, nenek dan ibu Timotius, Lois dan Eunike memberikan impak yang besar dalam hidupnya. Kehidupan dan pengajaran mereka berdasarkan firman Tuhan (ayat 5; 2 Timotius 3:14-16) dan lama-kelamaan iman mereka telah mekar dalam hati Timotius. Didikannya yang berdasarkan Alkitab bukan hanya asas yang penting bagi hubungannya dengan Tuhan, tetapi ia juga penting dalam pelayanan Tuhan (1:6-7).

Hari ini, seperti pada zaman Timotius, Tuhan memakai kaum wanita dan kaum lelaki yang setia untuk memberi impak kepada generasi yang mendatang. Doa-doa, kata-kata, tindakan-tindakan dan pelayanan kita dapat dipakai oleh Tuhan dengan berkuasa ketika kita hidup dan setelah kita meninggal dunia. Itulah sebabnya saya dan adik-beradik saya masih mempraktikkan perkara-perkara yang telah diturunkan oleh nenek kepada kami. Doa saya adalah semoga warisan nenek kami tidak berhenti dalam hidup kami sahaja.