Selepas kerjayanya sebagai atlet profesional selama 45 tahun berakhir, Jerry Kramer tidak dinaikkan ke status legenda sukan (pengiktirafan tertinggi). Dia telah menerima banyak pengiktirafan dan pencapaian, namun status ini tidak pernah diperolehnya. Walaupun dia telah dicalonkan untuk penghormatan ini sebanyak sepuluh kali, namun ia tidak pernah dianugerahkan kepadanya. Walaupun dia berasa kecewa tentang hal ini, Kramer masih bersikap pemurah dan berkata, “Saya berasa itu seumpama Liga Bola Sepak Amerika (NFL) telah memberikan saya 100 buah hadiah dalam hidup saya. Justeru jika saya berasa sedih atau marah disebabkan oleh sebuah hadiah yang saya tidak peroleh, maka ia adalah satu kebodohan!”

Orang lain mungkin merasakan kepahitan selepas anugerah sering dikurniakan kepada pemain yang lain, tetapi Kramer bukan seperti itu. Sikapnya menggambarkan kita harus menjaga hati kita daripada sifat penghakisan yang ada pada iri hati, yang “menjadikan tulang reput” (Amsal 14:30). Apabila perkara yang kita tidak miliki memenuhi fikiran kita—dan kita gagal menyedari perkara yang kita miliki—kita akan kehilangan kesejahteraan daripada Tuhan.

Selepas pencalonan ke-11, Jerry Kramer akhirnya dimasukkan ke dalam senarai nama Liga Bola Sepak Amerika pada Februari 2018. Keinginan duniawi kita mungkin tidak tercapai seperti yang berlaku kepada Kramer. Namun kita boleh memiliki “damai dalam hati” apabila kita memfokuskan kemurahan Tuhan dalam kehidupan kita melalui banyak cara. Tidak kira apa yang kita ingini tetapi tidak pernah memilikinya, kita masih boleh menikmati hidup yang penuh dengan kesejahteraan yang dikurniakan Tuhan.