Berkembang Seperti Bunga
Cucu lelaki saya yang paling muda hanya berumur dua bulan, namun setiap kali saya melihat dia, saya memerhatikan perubahan kecil dalam dirinya. Baru-baru ini apabila saya berbisik-bisik lembut dengan dia, dia memandang saya dan tersenyum! Tiba-tiba saya menangis. Mungkin ini disebabkan oleh perasaan sukacita yang terbaur dengan ingatan sewaktu saya melihat senyuman pertama anak-anak saya, yang sudah berlalu terlalu lama, namun rasanya gambaran seperti ini baru berlaku kelmarin. Ada saatnya hal-hal yang tidak dapat dijelaskan seperti itu berlaku.
Merayakan Kreativiti
Seekor ubur-ubur yang jarang dilihat seolah-olah sedang menari dalam arus air, di lautan yang kira-kira sedalam 1200 meter berhampiran Baja, California. Badannya bersinar dengan warna pendarfluor biru, ungu dan merah jambu, amat jelas di sebalik latar belakang air yang berwarna hitam. Tentakel-tentakel melambai dengan lembut disertakan setiap gerakan kepalanya yang berbentuk loceng. Ketika saya menonton tayangan tentang ubur-ubur Halitrephes massi yang mengagumkan dalam video National Geographic, saya merenungkan rekaan Tuhan yang khusus bagi makhluk yang indah dan lembut itu. Dia juga mencipta 2,000 lagi jenis ubur-ubur lain yang telah ditemui oleh saintis sehingga Oktober 2017.
Tanda-Tanda Persahabatan
Sebagai kanak-kanak yang membesar di Ghana, Afrika Barat, saya suka memegang tangan bapa saya dan berjalan dengannya di tempat yang sesak. Dia merupakan bapa dan sahabat saya, kerana berganding tangan dalam budaya kami merupakan tanda persahabatan yang benar. Apabila berjalan bersama, kami akan berbual-bual tentang pelbagai subjek. Bila-bila sahaja saya berasa kesunyian, saya akan mendapat penghiburan melalui bapa saya. Persahabatan kami sungguh berharga!
Harapan Dipulihkan
Adakah matahari terbit di timur? Adakah langit itu berwarna biru? Adakah rasa laut itu masin? Adakah berat atom untuk kobalt ialah 58.9? Okey, anda hanya akan tahu menjawab soalan yang terakhir jika anda berminat dengan pelajaran sains, atau suka bermain kuiz. Namun soalan-soalan lain mempunyai jawapan yang mudah: Ya. Pada hakikatnya, soalan-soalan sebegitu biasanya berbaur dengan sedikit kata sindiran.
Adakah Engkau Di Sana?
Ketika isterinya menghidap penyakit yang tenat, Michaelmerindukan agar isterinya mengalami kesejahteraan sebagaimana dialaminya melalui hubungannya dengan Tuhan. Dia telah berkongsi imannya dengan isterinya, tetapi isterinya tidak berminat. Suatu hari semasa dia berada di sebuah kedai buku, tajuk buku ini telah menarik perhatiannya: God, Are You There? (Tuhan, Adakah Engkau Wujud?) Oleh sebab dia tidak pasti respons isterinya terhadap buku itu, maka dia berjalan keluar masuk kedai tersebut beberapa kali sebelum membeli buku itu. Dia berasa terkejut apabila isterinya menerima buku itu.