Ketika berada dalam pesawat selama 20 minit dari New York ke San Antonio, rancangan penerbangan itu ditukar kerana keadaan menjadi huru-hara. Salah satu enjin kapal gagal berfungsi, dan serpihan enjin itu telah menghentam tingkap sehingga menyebabkan kabin kapal nyahmampat. Yang menyedihkan, beberapa orang penumpang telah tercedera dan seorang pula terbunuh. Jika tiada juruterbang yang berkebolehan dikokpit—seorang yang terlatih sebagai juruterbang jet pejuang tentera laut—mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk. Demi kejadian ini, tajuk berita akhbar tempatan berbunyi, “Dalam Tangan yang Ajaib.”
Dalam Mazmur 31, Daud menyatakan bahawa dia mengetahui sesuatu tentang tangan Tuhan yang ajaib dan penuh penjagaan. Sebab itu dia dengan yakin berkata, “Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu” (ayat 6). Daud yakin bahawa Tuhan boleh dipercayai meskipun hidupnya melalui keadaan yang lekak-lekuk. Oleh sebab musuhnya yang kejam menyasarkan dia, hidupnya penuh kesusahan. Walaupun terdedah kepada musuh, namun dia tidak hilang harapan. Di tengah-tengah kesukaran, Daud masih boleh menghembuskan nafas kelegaan dan sukacita kerana Tuhannya yang setia dan pengasih ialah sumber keyakinannya (ayat 6-8).
Mungkin hidup anda sedang mengalami musim yang timbulnya pelbagai jenis masalah, dan anda sukar untuk melihat apa yang ada di hadapan anda. Dalam keadaan yang tidak menentu, keliru dan huru-hara, masih ada satu hal yang pasti: orang yang dilindungi oleh Tuhan berada dalam tangan yang ajaib.
bahawa Yesus berdoa melalui Mazmur 31:6 ketika Dia tergantung
pada kayu salib. Di tengah-tengah kesakitan dan penderitaan, Dia memberikan hidup-Nya ke dalam tangan-Mu.