Semasa di Asia, iPad saya (yang mengandungi bahan bacaan saya dan banyak dokumen kerja) tiba-tiba rosak, suatu keadaan yang digambarkan sebagai “kematian skrin hitam.” (black screen of death). Untuk mencari bantuan, saya menemukan sebuah kedai komputer dan menghadapi satu masalah yang lain—saya tidak bertutur dalam bahasa Cina dan juruteknik kedai itu tidak berbahasa Inggeris. Penyelesaiannya? Dia menggeluarkan satu program perisian dia menaip dalam bahasa Cina, tetapi saya boleh membacanya dalam bahasa Inggeris. Proses ini terbalik apabila saya menjawab dalam bahasa Inggeris dan dia membaca dalam bahasa Cina. Perisian itu membenarkan kami berkomunikasi dengan jelas, walaupun dalam bahasa yang berbeza.

Kadangkala saya seolah-olah tidak dapat berkomunikasi dan menyatakan hati saya apabila saya berdoa kepada Bapa syurgawi saya—dan saya tidak bersendirian. Ramai antara kita kadangkala bergelut dengan doa. Tetapi Rasul Paulus menulis, “Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata. Allah yang mengetahui isi hati manusia, mengerti apa yang dimaksudkan oleh Roh itu, kerana Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah” (Roma 8:26-27).

Betapa menakjubkannya kurnia Roh Kudus! Dia lebih baik daripada mana-mana program komputer, dengan jelasnya menyampaikan pemikiran dan keinginan saya selaras dengan tujuan Bapa. Pekerjaan Roh Kudus membuatkan doa berhasil!