Walaupun Anne Sheafe Miller meninggal dunia pada tahun 1999 pada usia 90 tahun, dia hampir-hampir meninggal dunia pada tahun 1942 selepas mengalami septisemia (keracunan darah) berikutan keguguran anak dan semua rawatan yang tidak berkesan. Apabila seorang pesakit di hospital yang sama menyebutkan hubungannya dengan seorang saintis yang sedang berusaha menghasilkan satu ubat baru, doktor Anne mendesak kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah kecil untuk Anne. Dalam sehari, suhu badannya kembali pulih! Ubat yang kemudian dinamakan sebagai penisilin telah menyelamatkan nyawa Anne.
Sejak kejatuhan manusia ke dalam dosa, semua manusia telah mengalami keadaan rohani yang teruk akibat dosa (Roma 5:12). Hanya kematian dan kebangkitan Yesus dan kuasa Roh Kudus boleh menyembuhkan kita (8:1-2). Roh Kudus membolehkan kita menikmati kehidupan yang berlimpah-limpah di bumi dan selama-lamanya dalam hadirat Tuhan (Roma 8:3-10). “Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu” (Roma 8:11).
Apabila sifat berdosa anda mengancam untuk menyedut kehidupan anda, lihatlah pada sumber penyelamatan anda, Yesus, dan diperkuatkan oleh kuasa Roh-Nya (ayat 11-17). “Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini” dan “bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah” (ayat 27).