Kebakaran menghanguskan sebuah rumah yang keluarganya terdiri daripada 6 orang dari gereja kami. Walaupun ayah dan anak lelakinya terselamat, ayah itu masih dirawat di hospital sementara isterinya, ibu, dan dua orang anak kecil meninggal dunia. Sedihnya, peristiwa yang mematahkan hati seperti ini terus berlaku berulang-ulang kali. Apabila ia berlaku sekali lagi, begitu juga persoalan lama: Mengapakah perkara buruk menimpa orang baik? Kita tidak patut berasa terkejut bahawa persoalan lama ini tidak mempunyai jawapan baru.
Namun kebenaran yang dinyatakan oleh pemazmur dalam Mazmur 46 juga telah diulangi, dilatih dan diamalkan berulang kali dalam kehidupan. “Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan” (ayat 2). Keadaan-keadaan yang diterangkan dalam ayat 3-4 bersifat bencana—bumi dan gunung-ganang bergoncang dan laut bergelora. Kita menggigil apabila kita membayangkan diri kita berada dalam keadaan ribut yang digambarkan dalam mazmur ini. Tetapi kadangkala kita mendapati diri kita di sana—berulang kali menderita satu penyakit tenat, dilanda oleh krisis kewangan yang dahsyat, dirundung perasaan hiba dan terpegun oleh kematian orang tersayang.
Ini amat mudah untuk mewajarkan bahawa kehadiran masalah bermakna ketiadaan Tuhan. Tetapi kebenaran dalam firman Tuhan menentang tanggapan sedemikian. “TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub melindungi kita” (ayat 8,12). Dia hadir apabila keadaan kita terlalu sukar, dan kita memperoleh penghiburan dalam sifat-Nya: Dia adalah baik, penyayang, dan boleh dipercayai.