Nenek saya baru-baru ini menghantar saya sebuah fail penuh dengan gambar-gambar lama, dan ketika saya menyelak-nyelak gambar-gambar tersebut, sekeping gambar menarik perhatian saya. Dalam gambar ini, saya berumur dua tahu, dan duduk di satu hujung tempat perapian. Di hujung yang satu lagi, ayah saya meletakkan lengannya di sekeliling bahu ibu. Kedua-duanya merenung saya dengan ungkapan kasih sayang dan kegembiraan.
Saya mengepin gambar ini pada almari saya, yang saya melihatnya setiap pagi. Ini adalah peringatan yang indah tentang kasih mereka untuk saya. Namun, kebenarannya, kasih ibu bapa yang baik pun tidak sempurna. Saya menyimpan gambar ini kerana ini mengingatkan saya bahawa walaupun kadangkala kasih manusia mungkin gagal, kasih Tuhan tidak pernah gagal—dan menurut Alkitab, Tuhan memandang saya sama dengan cara ibu bapa saya memandang saya dalam gambar ini.
Nabi Zefanya menggambarkan kasih ini dengan satu cara yang mengagumkan saya. Dia menggambarkan bahawa Tuhan gembira atas umat-Nya dengan nyanyian. Umat Tuhan tidak mendapatkan kasih ini dengan usaha mereka. Mereka telah gagal untuk mentaati-Nya dan melayani satu sama lain dengan belas kasihan. Tetapi Zefanya berjanji bahawa pada akhirnya, kasih Tuhan akan mengatasi kegagalan mereka. Tuhan akan berhenti menghukum mereka (Zefanya 3:15), dan Dia akan menyanyi dengan gembira kerana mereka (ayat 17). Dia akan membawa pulang orang yang tercerai-cerai; menjadikan mereka termasyhur di seluruh bumi, dan menjadikan mereka makmur sekali lagi (ayat 20).
Itulah kasih yang wajar direnungkan pada setiap pagi.