Sebagai seorang pastor dan penulis, Eugene Peterson berpeluang mendengar kuliah yang disampaikan oleh pakar perubatan Switzerland dan kaunselor pastor yang sangat dihormati, Paul Tournier. Peterson telah membaca beberapa karya penulisan doktor ini dan sangat mengagumi pendekatannya tentang penyembuhan. Kuliah itu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Peterson. Selepas itu, dia menyimpulkan Tournier ialah orang yang melakukan apa yang dikatakannya. Peterson memilih perkataan ini untuk menyatakan pengalamannya: “Keselarasan. Itulah perkataan terbaik yang saya dapat fikirkan.”

Keselarasan—adalah apa yang dikatakan orang sebagai “melakukan apa yang anda ajar” atau “cakap serupa bikin.” Rasul Yohanes memberi penekanan bahawa sekiranya “sesiapa berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi membenci saudaranya”, maka “orang itu masih hidup dalam kegelapan sehingga saat ini” (1 Yohanes 2:9). Pada dasarnya, kehidupan dan perkataan kita adalah tidak sepadan. Yohanes seterusnya berkata bahawa orang seperti ini “tidak tahu ke mana dia pergi” (ayat 11). Apakah perkataan yang dipilihnya untuk menyatakan keadaan kita yang tidak selaras dengan apa yang kita ajarkan? Buta.

Hidup yang mengabdikan diri kepada Tuhan dengan membenarkan terang firman Tuhan menerangi jalan-jalan kita, akan menghindari kita hidup dalam keadaan buta. Kesannya, visi Tuhan yang memberikan kita pandangan yang jelas dan fokus dalam kehidupan harian kita—perkataan dan perbuatan kita menjadi sepadan. Orang lain pun akan memperhatikan bahawa kita tidak semestinya tahu hala tuju hidup kita, tetapi kita mengenal Tuhan yang sedang kita ikut.