Perangkap lalat Venus pertama kali ditemukan di sebuah kawasan tanah lembap berpasir yang tidak jauh dari rumah kami di Carolina Utara. Tumbuhan ini amat istimewa kerana ia merupakan tumbuhan pemakan daging.
Tumbuhan penangkap lalat ini mengeluarkan madu harum yang berwarna-warni, dan kelihatan seperti bunga yang sedang terbuka. Apabila serangga masuk ke dalamnya, pengesan akan tercetus dan perangkap akan tertutup dalam masa kurang daripada sesaat untuk menangkap mangsanya. Perangkap itu kemudian tertutup dengan lebih ketat sehingga mengeluarkan enzim yang akan memakan mangsa serta memberikan nutrien kepada tumbuhan yang tidak dapat memperolehnya daripada tanah berpasir.
Firman Tuhan memberitahu tentang perangkap yang dapat menjerat kita tanpa disedari. Rasul Paulus menasihati anak didiknya Timotius: “Orang yang ingin menjadi kaya tergoda dan terjerat oleh bermacam-macam keinginan yang sia-sia dan mencelakakan.” “Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita” (1 Timotius 6:9-10).
Wang dan kebendaan mungkin menjanjikan kebahagiaan, tetapi apabila dua perkara ini mengambil tempat pertama dalam hidup kita, maka kita berjalan atas laluan yang berbahaya. Kita dapat mengelakkan perangkap ini dengan hidup bersyukur, rendah hati, dan memfokuskan kebaikan Tuhan dalam hidup kita melalui Yesus: “Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki” (ayat 6).
Hal-hal sementara di dunia tidak dapat memberi kepuasan seperti yang diberikan oleh Tuhan. Kepuasan yang kekal dan sebenar hanya dapat ditemukan dalam hubungan kita dengan Dia.