Katedral Notre Dame di Paris merupakan bangunan yang menakjubkan. Seni binanya adalah mempesonakan, dengan tingkap kaca berwarna dan ciri-ciri dalaman yang indah serta mengagumkan. Tetapi setelah berabad-abad menjulang di landskap Paris, akhirnya ia runtuh. Kini tiba masanya struktur indah yang telah dimakan masa dan pencemaran ini dibaiki semula.
Oleh demikian, orang yang mencintai tanda tempat yang berumur lapan abad ini ingin menyelamatkannya. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Perancis memperuntukkan lebih daripada enam juta dolar untuk memperbaiki gereja itu. Banyak kerja pemahatan batu di luarnya perlu diganti. Bahagian dalaman yang dimusnahkan serta artifak-artifak yang berharga harus dipulihkan. Bagaimanapun, usaha yang dicurahkan dibuktikan berbaloi, kerana bagi ramai orang, katedral kuno ini menjadi lambang harapan.
Apa yang benar tentang bangunan juga adalah benar bagi kita. Tubuh kita adalah seperti sebuah gereja lama, akhirnya akan kelihatan terlalu usang! Akan tetapi rasul Paulus menjelaskan masih ada berita baik bagi kita: walaupun kita akan perlahan-lahan hilang semangat dan tenaga fizikal yang muda, teras kita yang sebenar, iaitu kerohanian kita boleh terus dibaharui dan bertumbuh (2 Korintus 4:16).
Apabila “kami ingin menyenangkan hati Tuhan” (5:9), bergantung kepada Roh Kudus untuk memenuhi dan mengubah kita (3:18; Efesus 5:18), maka keperluan pertumbuhan rohani kita tidak pernah berhenti—walau apa jua keadaan tubuh kita.