Dalam buku West with the Night, penulis Beryl Markham memperincikan kerjanya dengan Camciscan, seekor kuda jantan yang agresif. yang dia diberikan tugas untuk menjinakkannya. Tidak peduli apa jua strategi yang digunakannya, dia tidak dapat menjinakkan kuda jantan yang sombong itu sepenuhnya. Dia hanya berjaya sekali untuk menjinakkan kuda yang degil itu.

Siapakah antara kita yang merasakan diri sendiri sedang berusaha untuk menjinakkan lidah kita? Ketika Yakobus mengibaratkan lidah dengan kekang pada mulut kuda, atau kemudi kapal (Yakobus 3:3-5), dia juga mengesali, “Ucapan syukur dan kata-kata kutukan keluar dari mulut yang sama. Saudara-saudaraku, perkara ini tidak seharusnya berlaku!” (ayat 10).

Jadi, bagaimanakah kita boleh menang dalam perjuangan menjinakkan lidah? Rasul Paulus memberikan nasihatnya. Yang pertama, hanya “mengatakan yang benar” (Efesus 4:25). Bagaimanapun, ini bukan bermakna bahawa kita boleh berterus terang dengan keterlaluan. Kata-kata Paulus seterusnya dalam ayat 29 yang berbunyi: “Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya.” Kita juga boleh membuang hal-hal yang kotor: “Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun” (ayat 31). Adakah ini mudah? Tidak, jika kita cuba melakukannya menurut kehendak kita sendiri. Syukur kerana kita memiliki Roh Kudus yang membantu kita selagi kita bergantung kepada-Nya.

Sebagaimana yang dipelajari oleh Markham, penjinakan Camciscan yang tetap diperlukan dalam perlawanan kehendak sendiri. Demikian juga halnya dalam menjinakkan lidah kita.