Penulis

Lihat semua
Linda Washington

Linda Washington

Linda Washington mendapat ijazah dalam Bahasa Inggeris/Penulisan dari Universiti Northwestern di Evanston, Illinois, dan merupakan sarjana dari Kolej Seni Halus Vermont di Montpelier. Dia menjadi penulis atau penulis bersama bagi buku fiksyen dan buku bukan fiksyen untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, termasuklah God and Me (bagi umur 10-12—Penerbitan Rainbow/Legacy Press/Rose) dan The Soul of C.S. Lewis (bertulis bersama Jerry Root, Wayne Martindale dan penulis lain—Tyndale House).

Artikel oleh Linda Washington

Daripada Mulut Bayi

Selepas menonton Viola, gadis kecil yang berusia sepuluh tahun menggunakan ranting kayu sebagai mikrofon untuk mengajuk seorang pengkhutbah, Michele memutuskan untuk memberi Viola peluang untuk “berkhutbah” semasa mengadakan program penginjilan di sebuah kampung. Viola menerima peluang ini. Michele, seorang mubaligh dari Sudan Selatan menulis, “Orang ramai berasa terpesona … Seorang gadis kecil yang telah ditinggalkan berdiri di hadapan mereka sebagai seorang puteri Raja segala raja, dengan penuh kuasa berkongsi tentang realiti Pemerintahan Tuhan. Separuh daripada orang ramai itu maju ke hadapan untuk menerima Yesus” (Michele Perry, Love Has a Face).

Penghibur Hati

Setiap minggu semasa saya menunggu di stesen kereta api, fikiran negatif menghimpit minda saya seperti penumpang lain yang berbaris untuk menaiki kereta api—tekanan disebabkan oleh hutang, kata-kata kesat yang pernah saya dengari, perasaan tidak berdaya yang disebabkan oleh ketidakadilan yang baru berlaku kepada ahli keluarga saya baru-baru ini. Ketika kereta api tiba, saya berada dalam keadaan yang gusar.

Doa dan Gergaji Rantai

Saya menghormati semangat keberanian ibu saudari saya, Mak Cik Gladys, walaupun semangat itu kadangkala sangat membimbangkan saya. Reaksi saya sedemikian adalah disebabkan oleh berita yang dikongsikannya melalui e-mel: “Saya menebang sepohon pokok walnut semalam.”

Kepuasan yang Muktamad

Ketika kami sedang mengedarkan makanan ringan untuk kanak-kanak di program Sekolah Alkitab, kami memerhatikan seorang budak lelaki yang melahap makanan ringannya. Kemudian dia juga makan baki makanan daripada kanak-kanak lain di mejanya. Walaupun saya sudah memberikan satu beg bertih jagung kepadanya, dia masih tidak puas. Sebagai pemimpin, kami berasa bimbang tentang keadaan budak kecil yang begitu lapar itu.

Penghakiman yang Tidak Adil

Saya selalu terlalu cepat untuk menghakimi sesiapa yang berjalan di jalan raya sambil merenung pada telefon. Tidak sedarkah bahawa akan ada kereta yang akan melanggar mereka? Saya berkata kepada diri sendiri. Tidakkah mereka mempedulikan keselamatan mereka? Tetapi pada suatu hari, semasa melintas jalan, saya begitu asyik pada satu mesej, sehingga saya terlepas pandang sebuah kereta di sebelah kiri saya. Saya bersyukur pemandu tersebut melihat saya dan sempat berhenti dengan serta-merta. Tetapi saya berasa malu. Kesemua tuduhan yang pernah saya lemparkan mula kembali dan menghantui saya. Saya pernah menghakimi orang lain, kali ini giliran saya pula.

Nasihat daripada Bapa Saya

Selepas diberhentikan pekerjaan sebagai penyunting, saya berdoa dan meminta Tuhan membantu saya mencari pekerjaan yang baru. Tetapi selepas beberapa minggu berlalu dan tiada hasil daripada usaha menghubungi dan mengisi borang permohonan pekerjaan, saya mula merengus. “Tidakkah Engkau tahu betapa pentingnya pekerjaan bagi saya?” Saya bertanya kepada Tuhan, serta bersilang tangan sebagai bantahan akan doa yang seakan-akan tidak terjawab.

Masyarakat yang Baharu

Maija, anak perempuan kawan saya, Carrie, yang berumur lima tahun, mempunyai pendekatan yang menarik tentang masa bermain. Dia suka mencampurkan semua patungnya daripada permainan yang berbeza untuk menjadikan sebuah masyarakat yang baharu. Dalam dunia imaginasinya, segala sesuatu harus bersatu. Inilah rakyatnya. Dia percaya bahawa mereka akan amat gembira apabila mereka bersatu, walaupun mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza.

Semuanya Turut Menderita

Apabila rakan sekerja memaklumkan bahawa dia mengalami kesakitan yang teruk, semua orang di pejabat mengambil berat tentang keadaannya. Selepas mendapat rawatan di hospital dan mengambil masa selama sehari untuk berehat, dia kembali bekerja dan menunjukkan kepada kami punca kesakitan tersebut—batu pada buah pinggang. Dia meminta agar doktor memberikan batu itu kepadanya sebagai kenangan. Ketika melihat batu itu, saya menggerenyet dengan simpati kerana teringat akan batu hempedu yang saya pernah alami beberapa tahun yang lalu. Kesakitannya sangat menyeksa.

Bimbinglah Aku ke Pernaungan

Semasa saya sedang membeli sebuah alat pelembap, saya mendapati seorang wanita berumur berulang alik di lorong rak yang sama. Saya menganggap mungkin dia juga hendak membeli alat pelembap, jadi saya menunggu dia di tepi. Tidak lama kemudian kami berbual-bual tentang virus selesema di kawasan kami, yang menyebabkan dia mengalami batuk dan sakit kepala yang berlarutan.