Apabila seseorang dalam keluarga diraja lebih layak menaiki takhta, maka semakin ramai orang akan lebih ingin tahu mengenai dia. Ahli-ahli keluarga diraja yang lain pula hampir dilupakan. Keluarga diraja British mempunyai pewaris takhta yang merangkumi hampir seramai 60 orang. Salah seorang ialah Lord Frederick Windsor, yang merupakan pewaris takhta Britain ke-49. Namun dia lebih suka menjalani kehidupannya secara senyap-senyap, bukannya menjadi perhatian ramai. Walaupun dia bekerja sebagai penganalisis kewangan, dia tidak dianggap sebagai “kerabat diraja yang bekerja”—seorang ahli keluarga penting yang dibayar gaji kerana mewakili keluarga.

Natan, anak Daud (2 Samuel 5:14) adalah seorang kerabat diraja yang tidak ingin menjadi pusat perhatian. Tiada banyak maklumat telah diberitahu tentang dia. Tetapi walaupun anak Daud, iaitu Salomo telah disebutkan dalam kitab Matius (menurut keturunan Yusuf dalam Matius 1:6), sementara dalam salasilah kitab Lukas, yang ramai sarjana percaya bahawa itu adalah menurut keturunan Maria, nama Natan telah disebutkan (Lukas 3:31). Walaupun Natan tidak memegang cokmar, dia masih memainkan peranan penting dalam Pemerintahan Tuhan yang kekal.

Sebagai orang percaya kepada Kristus, kita juga merupakan ahli keluarga diraja. Rasul Yohanes menulis bahawa Tuhan memberikan kepada kita “hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Walaupun kita bukan tumpuan perhatian, kita ialah anak Raja! Tuhan menghargai kita sehingga kita boleh menjadi wakil-Nya di bumi dan pada suatu hari kelak kita akan memerintah bersama dengan Dia (2 Timotius 2:11–13). Seperti Natan, kita mungkin tidak menaiki takhta di dunia ini, tetapi kita tetap mempunyai peranan yang kita dapat laksanakan dalam Pemerintahan Tuhan.