“Anda akan menjadi pelajar pertukaran!” Masa itu saya berumur 17 tahun dan teruja ketika mengetahui bahawa saya telah diluluskan untuk belajar di Jerman. Tetapi saya hanya menerima berita ini tiga bulan sebelum saya berangkat, dan saya tidak pernah mengambil kelas bahasa Jerman.
Hari-hari berikutnya saya begitu bertungkus-lumus—belajar selama berjam-jam malah menulis perkataan-perkataan bahasa Jerman di tangan saya untuk menghafaznya.
Beberapa bulan kemudian sewaktu saya menghadiri kelas di Jerman, saya berasa kecewa kerana saya cukup memahiri bahasa Jerman. Pada hari itu, seorang guru memberikan saya nasihat yang bijak. “Belajar bahasa seumpama mendaki bukit pasir. Ada kalanya anda berasa bahawa anda masih berasal di tempat asal. Namun teruskan mendaki, dan anda akan sampai ke destinasi.”
Kadangkala saya menghayati pandangan jauh itu apabila saya mempertimbangkan maknanya bertumbuh sebagai pengikut Yesus. Rasul Paulus teringat, “Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan.” Malahan untuk Paulus, ketenangan yang dialaminya sendiri tidak berlaku dalam masa satu malam. Ia merupakan sesuatu yang bertumbuh dari dalam dirinya. Paulus berkongsi rahsia kemajuannya: “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:12–13).
Hidup mempunyai banyak cabarannya. Tetapi apabila kita beralih kepada Dia yang “sudah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33), kita mendapati bahawa bukan sahaja Dia setia membawa kita mengharungi cabaran-cabaran itu, tetapi tiada lain yang lebih penting daripada keakraban kita dengan Dia. Dia memberikan kedamaian-Nya kepada kita, menolong kita percaya, menguatkan kita untuk berjalan jauh ketika kita berjalan bersama Dia.