Ketika Anjing kami yang bernama Rupert masih kecil, dia sangat takut untuk keluar rumah. Saya terpaksa mengheretnya ke taman. Suatu hari, selepas membawanya ke sana, saya melepaskan tali cawak dari lehernya tanpa berfikir. Dia berlari pulang, kembali ke tempat yang selamat.
Pengalaman itu mengingatkan saya tentang seorang lelaki yang saya jumpa semasa di kapal terbang, yang mula meminta maaf kepada saya semasa kami mendarat. “Saya akan mabuk dalam kapal ini,” katanya. “Kedengarannya kamu tidak mahu menjadi mabuk juga,” balas saya. “Saya tidak mahu, tetapi saya selalu mencari wain” katanya. Dia menjadi mabuk, dan yang sedihnya ialah saya melihat isterinya memapah dia apabila turun dari kapal terbang, menghidu bau nafasnya, dan menolaknya. Minuman keras merupakan tempat selamat bagi lelaki itu, tetapi bukanlah tempat yang selamat sama sekali.
Yesus memulakan misinya dengan berkata, “Masanya sudah tiba; tidak lama lagi Allah akan memerintah. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik ini!” (Markus 1:15). Maksud “bertaubatlah” ialah berpaling. “Allah akan memerintah” bermaksud Dia akan menguasai kita dengan kasih-Nya. Daripada lari ke tempat-tempat yang memerangkap kita, atau dikuasai oleh ketakutan dan ketagihan, Yesus berkata bahawa kita boleh dikuasai oleh Tuhan sendiri, yang dengan kasih-Nya memimpin kita menujukan hidup baru dan kebebasan.
Hari ini Rupert berlari ke taman sambil menyalak dengan penuh kesukaan. Saya berdoa untuk orang yang telah saya temui di kapal terbang itu agar menemukan kebahagiaan dan kebebasan yang sama, meninggalkan tempat selamat yang palsu.