Pada kali pertama kelawar memasuki rumah kami, kami mengusirnya secara kebetulan. Tetapi selepas kejadian itu berulang pada malam kedua, saya membaca tentang makhluk kecil itu dan mendapati bahawa makhluk tersebut tidak memerlukan ruang yang besar untuk masuk ke dalam rumah. Sebenarnya, dengan ruang celah sekecil duit syiling pun, makhluk itu boleh masuk melaluinya.
Dengan itu, saya mempersiapkan senjata dan bersedia untuk misi saya. Saya mengelilingi rumah saya dan menutup setiap ruang kecil yang ada.
Dalam Kidung Agung 2:15, Salomo menyebut tentang satu lagi mamalia yang membawa masalah. Dia menulis tentang bahaya “rubah kecil,” yang boleh “merosakkan ladang anggur.” Secara simbolik, dia berbicara tentang ancaman yang boleh menyelinap ke dalam suatu hubungan dan menghancurkannya. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan para pemelihara kelawar atau rubah, tetapi menghalang kelawar masuk ke dalam rumah dan rubah masuk ke dalam kebun anggur, ini seumpamanya mengendalikan dosa dalam kehidupan kita (Efesus 5:3). Kerana rahmat Tuhan, Roh Kudus bekerja dalam diri kita sehingga hidup kita “menurut kehendak Roh Allah, dan bukan menurut kehendak tabiat manusia” (Roma 8:4). Kerana kuasa Roh, kita dapat menolak godaan untuk berdosa.
Puji Tuhan, dalam Kristus, kita sekarang “hidup dalam cahaya” Tuhan dan boleh hidup dengan cara yang “menyenangkan hati” Dia (Efesus 5:8-10). Roh Tuhan boleh menolong kita menangkap rubah-rubah kecil itu.