Semasa saya mula menulis, saya sering tidak yakin diri ketika berada dalam bengkel penulisan. Saya akan memandang sekeliling dan melihat bilik yang dipenuhi dengan penulis-penulis lain yang terkenal—orang yang mempunyai latihan formal atau pengalaman selama bertahun-tahun. Saya tidak memiliki kedua-duanya. Tetapi saya amat mahir dalam bahasa, nada dan irama Alkitab versi King James. Itulah seumpama pakaian perang saya. Jadi saya menggunakan pengetahuan ini untuk membentuk suara dan gaya penulisan saya, dan ini telah menjadi kegembiraan saya, dan saya berharap orang lain juga boleh mengalami kegembiraan ini.
Kita tiada gambaran bahawa Daud, si gembala muda itu tidak yakin diri ketika mengenakan pakaian perang Saul untuk melawan Goliat (1 Samuel 17:38-39). Dia tidak dapat bergerak dengan pakaian tersebut. Daud menyedari bahawa pakaian perang milik seseorang boleh menjadi “penjara” bagi dirinya—”Hamba tidak dapat berjalan dengan pakaian ini” (ayat 39). Jadi dia percaya kepada apa yang diketahuinya. Tuhan telah menyediakan apa yang diperlukan Daud pada masa itu (ayat 34-35). Ali-ali dan batu adalah senjata yang digunakan oleh Daud, dan Tuhan memakainya untuk membawa kemenangan yang penuh sukacita kepada tentera Israel pada hari itu.
Pernahkah anda kurang berkeyakinan pada diri, berfikir bahawa jika saya memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain, maka hidup saya akan berbeza? Pertimbangkan kurnia atau pengalaman yang telah diberikan Tuhan kepada anda. Percayalah pakaian perang yang diberikan Tuhan kepada anda.