Di luar stesen kereta api Shibuya di Tokyo, terdapat sebuah patung untuk memperingati anjing Akita yang bernama Hachiko. Hachiko diperingati kerana kesetiaannya yang luar biasa kepada pemiliknya, seorang profesor universiti yang berulang-alik dari stesen itu setiap hari. Anjing itu mengiringinya berjalan ke situ pada waktu pagi dan kembali berjumpa dengannya setiap petang ketika kereta api tiba.
Pada suatu hari, profesor tersebut tidak kembali ke stesen itu; Sedihnya, dia telah meninggal di tempat kerja. Tetapi sepanjang hayatnya—lebih daripada 9 tahun—Hachiko muncul pada waktu petang yang sama apabila kereta api tiba. Hari demi hari, tanpa mengira cuaca, anjing itu menunggu dengan setia untuk kepulangan tuannya.
Paulus memuji orang Tesalonika atas kesetiaan mereka dengan menulis, “perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus”, “mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka,” dan “berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus” (1 Tesalonika 1:3). Meskipun ada tentangan keras, mereka meninggalkan cara hidup lama mereka dan “datang kepada satu-satunya Allah yang hidup untuk mentaati dan menyembah Dia … [dan] menantikan kedatangan Anak Allah dari syurga” (ayat 9-10).
Inilah harapan penting orang percaya abad pertama kepada Penyelamat mereka, dan kasih-Nya telah memberi mereka inspirasi untuk melihat melampaui kesukaran mereka, dan berkongsi iman mereka dengan penuh bersemangat. Mereka yakin tiada hidup yang lebih baik daripada hidup untuk Yesus. Betapa indahnya Roh Kudus yang memberi semangat kepada mereka (ayat 5) juga masih memberi kuasa kepada kita pada hari ini agar kita melayani Yesus dengan setia, sementara kita menantikan kedatangan-Nya kembali.