Askar-askar yang bertempur di hutan yang mengerikan beberapa tahun yang lalu menghadapi masalah yang agak sukar. Tumbuhan-tumbuhan yang menjalar dan berduri akan mencucuk badan dan peralatan askar dan menyebabkan mereka terperangkap. Kemudian mereka akan cuba melepaskan diri tetapi lebih banyak tentakel tumbuhan tersebut memerangkap mereka. Para askar menamakan tumbuhan ini sebagai pokok “tunggu sebentar” kerana setiap kali mereka terperangkap dan tidak dapat bergerak ke hadapan, mereka terpaksa menjerit meminta tolong daripada anggota pasukan lain, “Tunggu sebentar, saya terperangkap!”
Demikian juga dengan para pengikut Yesus yang juga susah untuk maju ke depan ketika terjerat oleh dosa. Ibrani 12:1 memberitahu kita untuk “buang segala halangan yang menghalang kita dan dosa yang berpaut pada kita” dan “tempuh perlumbaan di hadapan kita dengan tekun.” Tetapi bagaimanakah kita membuang dosa yang membebani kita?
Yesus adalah satu-satunya yang dapat membebaskan kita daripada dosa yang berleluasa dalam kehidupan kita. Semoga kita belajar untuk menetapkan mata kita pada Dia, Penyelamat kita (12:2). Kerana Anak Tuhan “menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal,” Dia tahu perasaan apabila dicubai—namun Dia tidak berdosa (2:17-18; 4:15). Sudah tentu kita tidak mungkin terlepas daripada ikatan dosa kita ketika kita berseorangan, tetapi Tuhan mahu kita mengatasi godaan. Ia bukan melalui kekuatan kita sendiri, melainkan dengan kuasa Dia yang boleh “menghapuskan” segala dosa dan mengejar kebenaran-Nya (1 Korintus 10:13).