Pengarang Henri Nouwen mengimbas kembali lawatannya ke sebuah muzium di St. Petersburg, Rusia, yang dia menghabiskan masa berjam-jam untuk merenungkan lukisan Rembrandt tentang anak yang sesat. Ketika hari semakin lewat, perubahan cahaya matahari dari tingkap yang berdekatan membuatkan Nouwen bertanggapan bahawa dia melihat banyak lukisan yang berbeza. Perbezaan-perbezaan itu mendedahkan sesuatu yang berlainan tentang kasih seorang bapa terhadap anaknya yang sesat.
Nouwen menerangkan bagaimana tiga watak dalam lukisan seolah-olah “melangkah ke hadapan” pada kira-kira pukul empat petang. Satu daripadanya ialah anak sulung yang berasa geram terhadap bapanya yang rela membentangkan permaidani merah demi menyambut kepulangan adiknya yang sesat itu. Lagipun, tidakkah dia telah memboroskan harta kekayaan keluarga yang mengakibatkan mereka berasa sedih dan malu? (Lukas 15:28–30).
Dua watak lain mengingatkan Nouwen tentang pemimpin-pemimpin agama yang berada di situ ketika Yesus memberitahu perumpamaan itu. Mereka orang yang bersungut-sungut tentang Yesus yang bergaul dengan orang berdosa (ayat 1–2).
Nouwen melihat dirinya wujud dalam kesemua watak tersebut—kehidupan anak bongsu yang sesat, sikap abang sulung dan para pemimpin agama yang mengutuk, serta hati Bapa yang cukup besar bagi semua orang.
Bagaimanakah pula dengan kita? Bolehkah kita melihat diri kita dalam lukisan Rembrandt? Dalam aspek tertentu, setiap kisah yang dikatakan oleh Yesus adalah mengenai kita.