Month: November 2019

Manusia Baru

Sebuah karya seni telah menarik perhatian saya ketika saya melawat Galeri Tate Modern di London. Ia merupakan menara gergasi yang diperbuat daripada beratus-ratus radio lama yang dicipta oleh artis dari Brazil, Cildo Meireles. Setiap radio telah dipasangkan dan ditalakan kepada rancangan radio yang berbeza sambil menghasilkan bunyi kuat yang mengelirukan serta ucapan yang tidak dapat difahami. Meireles memanggilnya sebagai arca Babel.

Tempat yang Paling Selamat

Ketika Taufan Florence melanda Wilmington di Carolina Utara yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat, anak perempuan saya sudah bersedia untuk meninggalkan rumahnya. Dia menunggu sehingga saat terakhir dengan harapan ribut itu akan reda dan berlalu. Tetapi sekarang dia mengemaskan kertas, gambar, dan barang-barang penting dengan tergesa-gesa, sambil memutuskan apa yang perlu dibawanya. “Saya tidak menjangka bahawa begitu sukar untuk meninggalkan semua benda ini , Saya tidak tahu apa yang akan terjadi apabila saya kembali,” katanya.

Pintu Pemulihan

Di bangunan Katedral St Patrick di Dublin, Ireland, terdapat sebuah pintu yang menceritakan kisah pada lima abad yang lalu. Pada tahun 1492, perebutan kuasa di rantau itu tercetus antara dua keluarga, iaitu keluarga Butlers dan keluarga FitzGeralds. Pergaduhan menjadi sengit sehingga Butlers terpaksa berlindung di bangunan katedral. Sewaktu FitzGeralds datang untuk meminta peletakan senjata, Butlers berasa takut untuk membuka pintu. FitzGeralds kemudian membuka satu lubang pada pintu tersebut dan pemimpin mereka menghulurkan tangannya sebagai tanda perdamaian. Kedua-dua keluarga ini kemudiannya telah berdamai. Permusuhan telah menjadi persahabatan.