Sewaktu Eldon yang berumur 5 tahun mendengar pastor yang bercakap tentang Yesus yang meninggalkan syurga dan datang ke bumi, dia tercengang apabila pastor itu berdoa bersyukur kepada Tuhan yang mati untuk dosa-dosa kita. “Ah! Dia sudah mati?” budak itu bertanya dengan terkejut.

Sejak permulaan kehidupan Kristus di muka bumi, terdapat orang yang mahu agar Dia mati. Ahli kaji bintang yang datang ke Yerusalem sewaktu pemerintahan Raja Herodes bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia” (Matius 2:2). Apabila raja mendengar berita ini, dia menjadi bimbang akan kehilangan kedudukannya kerana Yesus. Justeru itu, dia menyuruh askar-askar untuk membunuh kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah di sekitar Betlehem. Akan tetapi Tuhan menjaga Anak-Nya dan mengutus malaikat untuk memberi amaran kepada ibu bapa Yesus untuk meninggalkan wilayah itu. Mereka pun melarikan diri dan Dia terselamat (ayat 13-18).

Apabila Yesus melaksanakan pelayanan-Nya, Dia disalibkan kerana dosa dunia. Penanda yang diletakkan di atas kayu salib-Nya, “Inilah Yesus, Raja Orang Yahudi” (27:37), dianggap sebagai satu ejekan. Tetapi tiga hari kemudian Dia bangkit daripada kematian. Setelah diangkat ke syurga, Dia duduk di atas takhta selaku Raja segala raja dan Tuhan atas segala tuhan (Filipi 2:8-11).

Raja telah mati demi dosa kita—dosa anda, dosa saya dan dosa Eldon. Mari izinkan Dia memerintah hati kita.