Ibu Wallace Stegner meninggal pada umur 50 tahun. Sewaktu dia berumur 80 tahun, dia akhirnya menulis satu nota kepada ibunya—“Surat Sangat Terlambat” yang kandungannya berisi kata-kata pujian Wallace terhadap kebaikan seorang wanita yang telah membesar, berkahwin dan menjaga dua orang anak lelaki dalam keadaan yang sukar pada awal zaman di Barat Amerika Syarikat. Dia merupakan seorang isteri dan ibu yang sering memberi galakan, termasuklah mereka yang dihina oleh orang lain. Wallace mengingati kekuatan ibunya yang dinyatakan melalui suaranya. Stegner menulis, “Ibu tidak pernah melepaskan peluang untuk menyanyi.” Sepanjang hidupnya, ibu Stegner selalu menyanyi untuk Tuhan, bersyukur atas berkat-berkat yang besar dan kecil.
Pemazmur juga mengambil peluang untuk bernyanyi. Dia bernyanyi pada waktu hari yang baik, dan juga pada waktu hari yang kurang baik. Lagu-lagu yang dinyanyikan bukan dipaksa tetapi satu respons semula jadi kepada “Allah yang mencipta langit, bumi” (146:6), dan bagaimana Dia “memberikan makanan kepada orang yang lapar” (ayat 7) dan “mencelikkan mata orang buta” (ayat 8) serta “menolong para balu dan anak yatim” (ayat 9). Inilah betul-betul satu gaya hidup pemazmur yang memuji Tuhan dan kekuatannya terbina apabila setiap waktu hidup diserahkan kepada “Allah Yakub” yang “sentiasa menepati janji-Nya” (ayat 5-6).
Kualiti suara kita bukan perkara utama, melainkan respons kita dengan gaya hidup yang memuji kebaikan Tuhan yang kekal, seperti dikatakan dalam sebuah lagu lama: “Dalam hatiku ada melodi.”