“Kebencian menghakis bekas yang menyimpannya.” Ini merupakan kata-kata bekas Senator Alan Simpson pada hari pengebumian George H. W. Bush. Senator Simpson mencuba untuk mengimbas kembali kebaikan sahabatnya, berkata bahawa Presiden Amerika ke-41 itu mendukung humor dan kasih, bukan kebencian dalam kepimpinan dan persahabatan peribadi.
Saya dapat memahami kata-kata senator itu. Demikian juga dengan anda, bukan? Bayangkan kerosakan yang akan berlaku dalam diri saya jika saya menyimpan kebencian!
Penyelidikan perubatan mendapati bahawa kerosakan akan berlaku ke atas tubuh kita apabila kita berpaut pada kepahitan atau meletus dalam kemarahan. Tekanan darah kita meningkat. Jantung kita berdegup. Roh kita menjadi lemah. Tubuh kita terhakis.
Dalam Amsal 10:12, Raja Salomo berkata, “Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih mengampunkan segala kesalahan.” Konflik yang diakibatkan oleh kebencian adalah permusuhan berdarah antara suku-suku dan bangsa-bangsa yang berlainan. Kebencian serupa ini menyalakan rasa dendam sehingga orang yang saling membenci tidak dapat menjalinkan hubungan.
Sebaliknya, kasih Tuhan menutupi dan mengampuni segala kesalahan. Itu tidak bererti bahawa kita menutup mata terhadap kesalahan atau menggalakkan lagi orang yang berbuat jahat. Tetapi ini bermaksud kita tidak menaruh dendam apabila seseorang yang bersalah betul-betul bertaubat. Sekiranya mereka tidak meminta ampun, kita masih boleh meluahkan perasaan kita kepada Tuhan. Kita yang mengenal kasih Tuhan yang sangat besar perlu “saling mengasihi dengan sepenuh hati, kerana jika kamu saling mengasihi, kamu juga bersedia untuk saling mengampuni” (1 Petrus 4:8).
yang mengampunkan segala kesalahan. Jadikanlah aku bekas bersih yang menyimpan kasih-Mu.
ILHAM
Tulisan surat kuno mengikut satu formula umum: pembukaan/memberi salam, memberi kesyukuran, kandungan, dan penutup. Setiap bahagian ini mengandungi bahagian-bahagian kecil dan ciri-ciri nyata, dan setiap satu memainkan fungsi yang penting dalam menyampaikan mesej penulis.Petikan hari ini merupakan sebahagian daripada bahagian penutup. Ini juga dikenali sebagai bahagian hortatori (‘untuk menggesa”). Penulis memberi arahan pada saat-saat akhir kepada pembaca itu. Bahagian ini bukannya selalu satu hujah yang tersusun dan progresif; sebaliknya, penulisannya adalah lebih seperti arahan yang terlintas daripada minda penulis, melalui ilham daripada Roh Tuhan. Penulis ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak dapat mencari sesuatu tempat untuk mencatatkan dalam surat itu. Pada pengakhiran surat pertamanya, Paulus menggesa para pembacanya berdoa, saling mengasihi, menyambut saudara seiman, menggunakan kurnia Tuhan, menyampaikan firman Tuhan, dan melayani.