Perlihatkan Rahmat Tuhan
“Pada waktu berlakunya tragedi atau kesakitan, terdapat peluang untuk memperlihatkan kasih kurnia atau membalas dendam,” kata orang yang baru sahaja kehilangan ahli keluarganya. “Saya memilih untuk memperlihatkan rahmat Tuhan”. Isteri Pastor Erik Fitzgerald telah terbunuh dalam kemalangan kereta yang diakibatkan oleh seorang anggota bomba yang keletihan sehingga tertidur sewaktu memandu pulang. Pendakwa raya ingin tahu sama ada dia menginginkan hukuman terberat yang setimpal dikenakan terhadap ahli bomba itu. Pastor itu memilih untuk mengampuni sebagaimana yang sering dikhutbahkannya. Apa yang mengejutkan, dia dan anggota bomba itu akhirnya menjadi sahabat.
Langkah demi Langkah
Di utara Thailand, pasukan bola sepak remaja, Wild Boars telah memutuskan untuk menjelajahi sebuah gua bersama-sama. Selepas sejam perjalanan, mereka berpatah balik dan mendapati laluan masuk telah dibanjiri. Paras air yang semakin naik memaksa mereka bergerak lebih jauh ke dalam gua. Hari demi hari, mereka bergerak lebih ke dalam lagi sehingga mereka terperangkap lebih daripada 4 kilometer jaraknya di dalam gua. Apabila mereka diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berani selepas dua minggu, ramai orang tertanya-tanya bagaimana mereka terperangkap dalam keadaan yang begitu tidak berdaya. Jawapan: langkah demi langkah.
Bekas Bersih
“Kebencian menghakis bekas yang menyimpannya.” Ini merupakan kata-kata bekas Senator Alan Simpson pada hari pengebumian George H. W. Bush. Senator Simpson mencuba untuk mengimbas kembali kebaikan sahabatnya, berkata bahawa Presiden Amerika ke-41 itu mendukung humor dan kasih, bukan kebencian dalam kepimpinan dan persahabatan peribadi.
Campur Tangan Tuhan
Dalam puisi berjudul “This Child Is Beloved” (Anak Ini Dikasihi), Omawumi Efueye yang lebih dikenali sebagai Pastor O, menulis tentang ibu bapanya yang pernah cuba menggugurkannya sewaktu dia di dalam kandungan. Setelah beberapa kejadian luar biasa yang menghalangnya digugurkan, maka mereka mengambil keputusan untuk melahirkannya. Pengetahuan tentang pemeliharaan Tuhan ke atas hidupnya telah mendorong Omawumi bersara daripada kerjayanya yang menguntungkan dan melayani Tuhan sepenuh masa. Pada hari ini, dia melayani sebuah gereja di London dengan setia.