Bulan: Januari 2020

Jangan Balas Dendam

Setelah Jim Elliot dan 4 orang misionari Kristian dibunuh oleh suku kaum Huaorani pada tahun 1956, tiada seorang pun dapat menyangka perkara yang akan berlaku selepas itu. Isteri Jim, Elisabeth, anak perempuan mereka yang muda, dan adik perempuan seorang misionari memilih untuk rela tinggal di tengah-tengah puak yang telah membunuh keluarga kesayangan mereka. Mereka tinggal di kalangan masyarakat Huaorani untuk beberapa tahun, mempelajari bahasa mereka dan menterjemahkan Alkitab untuk mereka. Kesaksian wanita-wanita ini tentang pengampunan dan kebaikan telah meyakinkan kaum Huaorani mengenai kasih Tuhan terhadap mereka, dan ramai telah menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka.

Pengejar Tornado

“Mengejar tornado sering kali diibaratkan satu permainan catur tiga dimensi gergasi yang dimainkan di kawasan yang meliputi ribuan batu persegi,” kata Warren Faidley, seorang jurugambar, wartawan dan pengejar ribut. Dia meneruskan, “Berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat seumpamanya satu simfoni antara ramalan cuaca dan penjejakan laluan ribut sementara mengelakkan semua benda yang diterbangkan oleh angin ribut, misalnya ketulan hujan batu sebesar bola sofbol, ribut pasir dan peralatan ladang yang berat”.

Bawa Apa yang Anda Miliki

Cerita “Sup Batu” mempunyai banyak versi. Ia satu cerita tentang seorang lelaki lapar yang pergi ke sebuah kampung tetapi tiada seorang pun yang sudi memberikan secebis makanan pun kepadanya. Dia memasukkan seketul batu dan air ke dalam sebuah periuk dan meletakkannya di atas api. Rasa ingin tahu menyebabkan orang kampung memperhatikan lelaki ini sewaktu dia mengacau supnya itu. Kemudian seorang membawa dua biji ubi kentang untuk dicampurkan ke dalam sup tersebut, seorang lagi membawa beberapa biji lobak. Ada orang membawa bawang, seorang lagi membawa segenggam barli. Seorang petani menyumbang sedikit susu. Akhirnya, “sup batu” itu menjadi sup krim yang sangat lazat.

Hidup Dipimpin Roh Kudus

10 ribu jam. Menurut penulis Malcolm Gladwell, itulah tempoh yang diperlukan untuk menjadi pakar dalam apa jua kemahiran. Demikian dengan artis dan ahli muzik yang sangat hebat sepanjang masa. Kebolehan semula jadi yang dimiliki mereka tidak mencukupi bagi mereka untuk mencapai tahap kemahiran yang akhirnya dicapai mereka. Mereka perlu menanam diri mereka dalam kemahiran itu setiap hari.

Melambatkan Waktu

Banyak perkara telah berubah sejak jam elektrik direka pada tahun 1840-an. Sekarang kita melihat waktu pada jam pintar, telefon pintar dan komputer riba. Segala rentak kehidupan seakan-akan semakin laju, demikian juga apabila kita berjalan-jalan dengan santai. Para cendekiawan berkata bahawa keadaan ini sangat benar terutamanya di bandar dan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. “Pergerakan kita menjadi semakin cepat dan kita selalu membalas orang secepat mungkin,” kata Profesor Richard Wiseman. “Itu membuatkan kita berfikir bahawa semua perkara harus berlaku sekarang”.