Dalam siri video BBC, The Life of Mammals (Kehidupan Mamalia), hos David Attenborough memanjat sepohon pokok untuk melihat rupa lucu seekor sloth. Apabila dia bersemuka dengan mamalia yang bergerak paling perlahan di dunia itu, dia menyapanya dengan “boo!” Oleh sebab tidak mendapatkan sebarang reaksi, dia menjelaskan bahawa bergerak perlahan adalah apa yang anda lakukan jika anda ialah seekor sloth yang hidup dengan makan daun-daun yang tidak mudah dicerna dan tidak berzat.

Dengan melihat kembali kepada sejarah Israel, Nehemia mengingatkan kita melalui satu contoh dan penjelasan tentang bertindak perlahan (9:9-21), tetapi ini bukan sesuatu yang kelakar. Menurut Nehemia, Tuhan kita adalah contoh yang terbaik dari segi bertindak perlahan—berkenaan kemarahan. Nehemia menceritakan bagaimana Tuhan mengambil berat akan umat-Nya, mengarah supaya mereka hidup menurut hukum-hukum yang memberikan hidup, menjaga mereka dalam perjalanan keluar dari Mesir dan menyediakan Tanah Perjanjian (ayat 9-15). Walaupun Israel sentiasa memberontak (ayat 16), Tuhan tidak pernah berhenti mengasihi mereka. Apakah penjelasan? Sifat Sang Pencipta kita ialah “panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-[Nya] besar” (ayat 17). Mengapa pula Tuhan begitu sabar dengan rungutan dan ketidakpercayaan umat-Nya selama 40 tahun? (ayat 21). Ini disebabkan oleh rahmat Tuhan “sungguh besar” (ayat 19).

Bagaimanakah pula dengan kita? Sikap panas baran menunjukkan hati yang dingin. Tetapi kebesaran hati Tuhan mengajar kita hidup dengan sabar dan mengasihi Dia.