Pada malam 3 April 1968, Dr. Martin Luther King memberikan ucapan terakhirnya, “Saya Pernah Berada Di Puncak Gunung.” Dia mengatakan bahawa dia mungkin tidak dapat hidup lama. Dia berkata, “Kita akan berhadapan dengan masa yang sukar. Tetapi ia tidak lagi penting bagi saya sekarang. Kerana saya pernah sampai ke puncak gunung. Saya pernah memandang dari atas. Saya telah melihat tanah yang dijanjikan. Saya mungkin tidak boleh pergi ke situ bersama anda … [Tetapi] Saya amat bersukacita pada malam ini. Saya tidak bimbang akan apa-apa. Saya tidak takut kepada sesiapa. Mata saya telah melihat kemuliaan dalam kedatangan Tuhan.” Keesokan harinya, dia dibunuh.
Sebelum kematian Rasul Paulus, dia telah menulis kepada Timotius: “Tentang diriku, sudah tiba masanya aku akan mati sebagai korban kepada Allah. Tidak lama lagi aku meninggalkan dunia ini … Sekarang hadiah kemenangan menantikan aku. Pada Hari Kiamat, Tuhan, Hakim yang adil akan menyerahkan hadiah itu kepadaku” (2 Timotius 4:6, 8). Paulus tahu bahawa waktunya di dunia akan berakhir tidak lama lagi, seperti Dr. King. Dua lelaki ini mengalami kehidupan yang penuh bermakna, malah menanti-nantikan hidup kekal.
Seperti mereka, semoga kita juga “menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya” (2 Korintus 4:18).