Relaks
Saya dan bapa saya biasa menebang pokok dan memotongnya untuk menjadi lebih kecil dengan menggunakan gergaji potong lintang untuk dua orang. Pada masa itu, saya masih muda dan bertenaga, maka saya cuba menggunakan gergaji dan memotong dengan paksa. “Relaks”, kata bapa saya. “Biar gergaji yang memotong dengan sendirinya”.
Tuhan Itu Baik
Setiap orang mempunyai respons yang berbeza terhadap Kaamatan dan Gawai. Apa pun respons anda, sedarkah anda bahawa di sebalik perayaan ini ada Tuhan yang baik? Apa yang boleh anda renungkan semasa perayaan Kaamatan dan Gawai? Klik untuk bacaan selanjutnya.
Lakukan Apa Sahaja
Dalam sebuah filem baru-baru ini, seorang yang memanggil dirinya “genius” menengking di hadapan kamera mengenai dunia yang “menakutkan, penuh rasuah, dungu dan papa kedana”. Dia mengatakan bahawa tuhan tidak wujud dan kehidupan adalah tidak bermakna. Walaupun pemikiran sedemikian adalah biasa dalam kebanyakan filem moden, namun apa yang berlaku seterusnya adalah menarik. Akhirnya, watak utama berpaling kepada penonton dan menggesa semua orang melakukan apa sahaja demi mencari sedikit kebahagiaan. Baginya, itu termasuklah meninggalkan pegangan moral yang tradisional.
Pencipta Bulan
Selepas angkasawan mendaratkan kapal angkasa Eagle di Sea of Tranquility (Laut Ketenangan), Neil Amstrong berkata, “Ini merupakan langkah kecil bagi seorangmanusia, tetapi lonjakan besar bagi kemanusiaan”. Dia ialah manusia pertama yang berjalan di permukaan bulan. Angkasawan lain mengikuti jejaknya, termasuk komander misi Apollo yang terakhir, Gene Cernan. Dia berkata, “Dari bulan, saya melihatmu, bumi dengan perasaan dinamik dan teruja, ... bumi ini terlalu indah dan tidak mungkin terjadi secara kebetulan, pasti ada seseorang yang lebih besar daripada kita. Malah dengan pemandangan yang unik dari angkasa lepas, kita akan memahami betapa kecilnya kita berbanding dengan kebesaran alam semesta.
Ukuran Baik
Pada suatu hari di stesen minyak, Staci terserempak dengan seorang wanita yang telah terlupa membawa kad banknya. Maka wanita itu bersama bayinya, memohon bantuan daripada orang ramai. Walaupun Staci menganggur pada masa itu, dia membelanjakan sejumlah $15 untuk mengisi minyak kereta wanita yang tidak dikenalinya. Beberapa hari kemudian, Staci pulang ke rumah dan mendapati sebuah bakul berisi permainan kanak-kanak dan hadiah-hadiah lain di anjung rumahnya. Rakan-rakan wanita itu telah membalas kebaikan Staci dan menukarkan berkat $15 itu kepada hadiah Krismas yang indah untuk seisi keluarganya.
Mengapa Saya?
Sebuah buku tentang kebarangkalian berkata bahawa satu daripada sejuta orang akan disambar petir. Ia juga menyatakan bahawa satu daripada 25,000 orang akan mengalami masalah kesihatan yang dipanggil ‘sindrom patah hati“ kerana mengalami kejutan besar atau kehilangan. Buku itu menyenaraikan pelbagai pengalaman pelik yang mungkin dihadapi oleh ramai orang tanpa memberi sebarang jawapan kepada persoalan: Apakah yang boleh dilakukan jika kita terbabit dalam perkara pelik itu?
Lebih Manis daripada Madu
Topiknya ialah isu perkauman. Namun penceramah itu tenang. Dia berdiri di atas pentas di hadapan ramai hadirin dan bersuara dengan berani—tetapi dengan lemah-lembut, rendah hati, baik hati dan berjenaka. Para hadirin yang tegang mula berasa tenang dan ketawa apabila mendengar dilema yang dihadapi oleh mereka: cara untuk menyelesaikan isu-isu hangat dengan perasaan dan perkataan yang tenang. Ya, itulah cara untuk menangani topik yang pedas … dengan rahmat yang manis.
Memperingati
Pada Hari Memorial, saya terkenangkan para bekas askar semasa Perang Dunia Kedua, terutamanya bapa dan beberapa bapa saudara saya. Mereka berjaya pulang ke tanah air, tetapi ratusan ribu keluarga kehilangan orang tersayang demi negara. Tetapi, apabila ditanya, bapa saya dan kebanyakan bekas askar pada era tersebut menyatakan bahawa mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk melindungi orang tersayang serta berdiri teguh pada prinsip yang dianggap betul.
Meja Perbualan
Kesunyian merupakan salah satu ancaman besar dalam kehidupan kita. Ia juga mempengaruhi kesihatan kita melalui tingkah laku kita di media sosial, pemakanan dan sebagainya. Satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah dua pertiga orang di dunia ini—tidak kira umur dan jantina—pernah berasa sunyi. Sebuah pasar raya di Britain telah menyediakan “meja perbualan” di kafe mereka sebagai usaha untuk menggalakkan hubungan antara manusia. Mereka yang ingin berinteraksi dengan orang lain hanya perlu duduk di salah sebuah meja yang tersedia untuk tujuan tersebut, berkumpul dengan orang lain atau menyatakan bahawa mereka mahu melibatkan diri. Apabila perbualan bermula, ia melahirkan suatu perhubungan dan kemasyarakatan.