Pada suatu hari di stesen minyak, Staci terserempak dengan seorang wanita yang telah terlupa membawa kad banknya. Maka wanita itu bersama bayinya, memohon bantuan daripada orang ramai. Walaupun Staci menganggur pada masa itu, dia membelanjakan sejumlah $15 untuk mengisi minyak kereta wanita yang tidak dikenalinya. Beberapa hari kemudian, Staci pulang ke rumah dan mendapati sebuah bakul berisi permainan kanak-kanak dan hadiah-hadiah lain di anjung rumahnya. Rakan-rakan wanita itu telah membalas kebaikan Staci dan menukarkan berkat $15 itu kepada hadiah Krismas yang indah untuk seisi keluarganya.

Kisah yang menyentuh hati ini menggambarkan maksud Yesus apabila dia berkata, “Apa yang kamu berikan kepada orang lain, Allah juga akan memberikannya kepada kamu, Allah akan mencurahi kamu pemberian yang berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu” (Lukas 6:38).

Selepas mendengar kisah ini, kita mungkin tergoda untuk fokus kepada balasan yang akan kita peroleh apabila kita memberi. Tetapi seterusnya Yesus berkata demikian: “Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat” (ayat 35).

Kita tidak memberi untuk mendapatkan balasan; kita memberi kerana Tuhan bersukacita atas kemurahan hati kita. Kasih kita untuk orang lain menggambarkan kasih-Nya terhadap kita.