Selepas angkasawan mendaratkan kapal angkasa Eagle di Sea of Tranquility (Laut Ketenangan), Neil Amstrong berkata, “Ini merupakan langkah kecil bagi seorang manusia, tetapi lonjakan besar bagi kemanusiaan”. Dia ialah manusia pertama yang berjalan di permukaan bulan. Angkasawan lain mengikuti jejaknya, termasuk komander misi Apollo yang terakhir, Gene Cernan. Dia berkata, “Dari bulan, saya melihatmu, bumi dengan perasaan dinamik dan teruja, … bumi ini terlalu indah dan tidak mungkin terjadi secara kebetulan, pasti ada seseorang yang lebih besar daripada kita. Malah dengan pemandangan yang unik dari angkasa lepas, kita akan memahami betapa kecilnya kita berbanding dengan kebesaran alam semesta.

Nabi Yeremia juga telah merenungkan kebesaran Tuhan sebagai Pencipta serta Penguasa bumi dan alam semesta. Sang Pencipta yang mencipta segalanya telah menyatakan diri-Nya secara intim semasa Dia menawarkan kasih, pengampunan dan harapan kepada umat-Nya (Yeremia 31:33-34). Yeremia mengakui kebesaran Tuhan apabila “TUHAN menyediakan matahari untuk menerangi siang; Dia menyediakan bulan dan bintang untuk menerangi malam” (ayat 35). Pencipta dan Tuhan kita Yang Maha Berkuasa duduk bersemayam di atas takhta sambil Dia bekerja untuk menebus semua umat-Nya (ayat 36-37).

Kita tidak akan selesai menerokai keluasan langit dan betapa dalamnya dasar bumi. Tetapi kita boleh berdiri dan mengagumi betapa rumitnya ciptaan alam semesta, dan beriman kepada Pencipta bagi bulan—dan segala-galanya.