Kesunyian merupakan salah satu ancaman besar dalam kehidupan kita. Ia juga mempengaruhi kesihatan kita melalui tingkah laku kita di media sosial, pemakanan dan sebagainya. Satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah dua pertiga orang di dunia ini—tidak kira umur dan jantina—pernah berasa sunyi. Sebuah pasar raya di Britain telah menyediakan “meja perbualan” di kafe mereka sebagai usaha untuk menggalakkan hubungan antara manusia. Mereka yang ingin berinteraksi dengan orang lain hanya perlu duduk di salah sebuah meja yang tersedia untuk tujuan tersebut, berkumpul dengan orang lain atau menyatakan bahawa mereka mahu melibatkan diri. Apabila perbualan bermula, ia melahirkan suatu perhubungan dan kemasyarakatan.
Jemaah pada zaman awal komited untuk berkongsi dan berhubung. Tanpa satu sama lain, pastinya mereka berasa sunyi sebagai orang percaya pada zaman awal itu. Bukan sahaja “dengan tekun mereka menerima ajaran daripada rasul-rasul” untuk mempelajari maksud mengikut Yesus, malahan mereka “berkumpul di Rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah mereka”, untuk saling mendorong dan bersekutu (Kisah Rasul-Rasul 2:42,46).
Kita perlu menjalinkan hubungan dengan orang lain; kita memang diciptakan oleh Tuhan untuk tujuan sedemikian! Kesunyian yang menderita mengesahkan keperluan kita untuk perhubungan. Seperti orang percaya pada zaman awal, demi manfaat diri, kita harus menjalinkan hubungan sesama manusia dan menawarkannya kepada mereka yang memerlukan.