Pemuda itu menjadi ketua pasukan. Pasukan sukan profesional ini sekarang diketuai oleh seorang pemuda yang bersifat lembut dan mentah. Sidang akhbarnya yang pertama amat mengecewakan. Dia asyik menurut jurulatihnya dan teman sepasukannya, serta bergumam bahawa dia hanya cuba melakukan tugasnya sendiri. Pasukan tersebut tidak mempunyai prestasi yang baik pada musim itu, akhirnya ketua pasukan yang muda itu diganti. Dia tidak memahami bahawa dia telah dipercayakan dengan kuasa untuk memimpin, atau dia mungkin tidak pernah percaya bahawa dia dapat memimpin.
Oleh sebab kegagalannya, Saul “menganggap diri tidak penting” (1 Samuel 15:17). Ini merupakan perkara yang lucu kerana dia seorang lelaki yang digambarkan sebagai orang yang “lebih tinggi; pada umumnya orang Israel lain hanya sampai bahu Saul” (1 Samuel 9:2). Namun itu bukan cara dia menanggapi dirinya. Pada hakikatnya, tindakannya dalam fasal ini menunjukkan dia berusaha untuk mendapat sokongan daripada orang ramai. Dia belum memahami sepenuhnya bahawa Tuhan yang memilih dia dan memberikannya suatu misi, bukan orang ramai.
Kesilapan Saul merupakan gambaran kegagalan semua orang: kita mungkin terlupa bahawa kita diciptakan seperti Tuhan untuk mencerminkan pemerintahan-Nya, tetapi akhirnya kita menyalahgunakan autoriti kita, sehingga mengakibatkan kebinasaan di dunia. Untuk membetulkan hal ini, kita perlu kembali kepada Tuhan: supaya Bapa Syurgawi mengubah kita dengan kasih-Nya, Roh-Nya menguasai kita, dan Yesus mengutus kita untuk melayani dunia ini.