Month: Jun 2020

Berdenyut Lagi

Pada tahun 2012, Phillips, Craig dan Dean menyiarkan lagu mereka yang bertajuk “Tell Your Heart to Beat Again” (Beritahu Hatimu untuk Berdenyut Lagi). Lagu ini diinspirasikan melalui kisah benar seorang pakar bedah jantung. Selepas mengeluarkan jantung seorang pesakit, pakar bedah itu meletakkannya semula ke dalam ruang dada pesakit dan mula mengurut jantung itu dengan lembut untuk menghidupkannya. Tetapi jantung itu tetap tidak berdenyut. Dengan segera beberapa langkah dilakukan, tetapi jantung itu masih tetap tidak berdenyut. Akhirnya, pakar bedah itu berlutut di sebelah pesakit yang tidak sedar itu dan berkata kepadanya: “Cik Johnson, saya pakar bedah kamu. Pembedahan itu berjalan dengan sempurna. Jantung kamu telah dirawati. Sekarang sila beritahu jantung kamu untuk berdenyut lagi.” Secara hairan, jantungnya mula berdenyut. 

Iman yang Berakar

Sebatang pokok oak yang tumbuh berhampiran dengan Gereja Presbyterian Basking Ridge di New Jersey, Amerika Syarikat berusia lebih daripada 600 tahun, dan tiba masanya ia ditebang. Pada musim kegemilangan pokok itu, dahan-dahannya membentang tinggi dan luas. Angin bertiup sepoi-sepoi membuat daun hijau dan buah oak itu mengeluarkan bunyi. Matahari menyinar melalui celah-celah daun, dan menghasilkan terang yang berkelip-kelip di bawah teduh kanopi daun. Namun bahagian yang mengagumkan sebenarnya terletak di bahagian bawah tanah—sistem akarnya. Akar utama pokok oak bertumbuh secara menegak untuk mendapatkan sumber nutrien yang mencukupi. Daripada akar tunjang, lingkaran akar menjalar secara mendatar untuk membekalkan air dan nutrien kepada pokok oak. Sistem akar yang begitu kompleks sering bertumbuh lebih besar daripada pokok yang disokongnya dan menjadi sumber serta sauh untuk batang yang stabil.

Penghapus Hutang

Terkejut adalah satu-satunya perkataan yang dapat menggambarkan respons orang ramai semasa upacara konvokesyen di Kolej Morehouse di Atlanta, Georgia pada tahun 2019. Penceramah mengumumkan bahawa dia dan keluarganya akan menderma beberapa juta dolar untuk melangsaikan hutang pelajaran bagi semua graduan. Seorang pelajar dengan pinjaman sejumlah $100,000 juga salah seorang graduan yang menyatakan sukacitanya dengan air mata dan teriakan.

Tuhan yang Melihat

Tuhan yang Melihat

 

Kejadian 16:13-14 ; 21:14-20

 

Hagar bertanya dalam hati, “Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?” Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu “Allah Yang Melihat” (Kejadian 16:13).

 

Hagar berada dalam situasi yang sukar: dihalau dari rumah Abraham yang selesa, terpaksa berpisah dengan orang yang penting dan disayangi olehnya. Dahulunya Hagar menjalani hidup…

Norma Baru

Norma Baru: Belajar daripada kehidupan Daniel dan tiga kawannya

 

Perdana Menteri Malaysia pernah berkata bahawa keadaan yang kita lalui sekarang mungkin akan berterusan agak lama, mungkin setahun atau lebih. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) pula berkata bahawa pandemik ini kemungkinan tidak akan hilang dan akan terus berada di tengah-tengah masyarakat. Kehidupan manusia berubah dengan kemunculan virus COVID-19. Kehidupan masyarakat yang tenang…

Mengapa Perlu Ke Gereja?

Kenapa masih perlu datang ke gereja?

 

Walaupun gereja masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, dan ramai gereja harus mengadakan ibadah secara online. Adakah kamu pernah memikirkan soalan seperti, sekiranya kita boleh beribadah secara online, malah boleh beribadah pada bila-bila masa, mengapakah umat Kristian perlu berkumpul lagi? Kami menjemput Ps Edmund Kumar yang melayani di…

Harapan: Memilih Iman, Bukan Ketakutan

Pengikut Kristus yang paling berdedikasi juga mengalami keputusasaan dalam hidup mereka. Misalnya, rasul Paulus menulis tentang menanggung penderitaan sehingga kehilangan harapan untuk hidup (2 Korintus 1:8). Namun Paulus menjelaskan bahawa perkara itu berlaku bagi tujuan yang baik—supaya dia akan bergantung pada Tuhan dan bukannya bergantung pada diri sendiri (ayat 9).