Seorang guru bernama Donelan suka membaca. Apa yang tidak disangka, tabiat membacanya telah mendatangkan ganjaran. Apabila dia sedang mengatur rancangan untuk melancong dan membaca polisi insurans pelancongan, dia menemukan sebuah hadiah istimewa pada halaman ketujuh. Dalam sebahagian pertandingan “Hadiah Membaca”, orang pertama yang membaca sampai kandungan polisi itu akan dihadiahkan $10,000. Syarikat insurans itu juga menyumbang beribu-ribu dolar kepada sekolah-sekolah di kawasan Donelan untuk memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak. Tabiat suka membaca Donelan tidak sia-sia. Dia berkata, “Saya selalunya kutu buku yang membaca kontrak. Tidak sangkanya saya dapat hadiah daripadanya!”
Pemazmur rindu untuk melihat “ajaran yang mengagumkan” tentang Tuhan (Mazmur 119:18). Mungkin dia berfahaman bahawa Tuhan mahu dikenali, jadi dia merindukan hubungan yang lebih rapat dengan-Nya. Pemazmur ingin melihat lebih dalam tentang siapa itu Tuhan, apa yang diberikan-Nya, dan bagaimana mengikut-Nya dengan lebih erat (ayat 24, 98). Dia menulis, “Aku sangat mencintai Taurat-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari” (ayat 97).
Kita juga mempunyai keistimewaan untuk mengambil masa bagi merenungkan Tuhan, keperibadian dan pembekalan-Nya—belajar dan semakin berhubung rapat dengan-Nya. Tuhan rindu untuk mengajar dan memimpin kita, serta membuka hati kita untuk mengenal Dia. Apabila kita mencari Tuhan, Dia menganugerahi kita dengan kekaguman yang lebih besar tentang siapa Dia dan kenikmatan hadirat-Nya!