Saya terbaca surat-surat yang dikirim oleh bapa saya kepada ibu sewaktu zaman Perang Dunia Kedua. Bapa saya berada di Afrika Utara pada ketika itu dan ibu saya di West Virginia. Sebagai leftenan pangkat dua dalam Tentera Amerika Syarikat, bapa saya ditugaskan menapis surat para askar untuk menjaga maklumat sensitif daripada musuh. Saya berasa lucu apabila melihat di bahagian luar suratnya sendiri kepada isterinya terdapat cap “Ditapis oleh Lt. John Branon.”
Pemeriksaan diri merupakan perkara penting. Beberapa kali dalam Alkitab, penulis menyebut kepentingan meneliti diri sendiri untuk mengetahui hal yang tidak betul dan tidak memuliakan Tuhan. Sebagai contoh, pemazmur berdoa, “Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku … Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku” (Mazmur 139:23-24). Yeremia berkata, “Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN” (Ratapan 3:40). Paulus berbicara tentang keadaan hati kita sewaktu Perjamuan Tuhan, “Oleh itu setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu” (1 Korintus 11:28).
Roh Kudus menolong kita berpaling daripada sikap atau tindakan yang tidak menyenangkan Tuhan. Oleh itu pada setiap masa, marilah kita memohon pertolongan Roh Kudus untuk memeriksa diri supaya kita boleh “kembali kepada TUHAN” dalam persekutuan.