Pengarah koir Arianne Abela, sentiasa duduk di atas tangannya untuk menyembunyikan tangannya sejak kecil. Dia dilahirkan tanpa jari atau jarinya melekat bersama di kedua-dua tangannya. Dia juga tidak mempunyai kaki kiri dan kehilangan jari kaki di kaki kanannya. Sebagai peminat muzik dan penyanyi soprano lirik, dia merancang untuk mengambil jurusan kerajaan di Kolej Smith. Tetapi suatu hari guru koir memintanya menjadi konduktor koir, ini membuatkan tangannya dilihat orang lain. Sejak itu dia menemukan kerjayanya. Kini dia mengetuai beberapa koir gereja dan berkhidmat sebagai pengarah koir di universiti lain. “Guru saya melihat potensi dalam diri saya,” jelas Abela.
Kisah Abela memberi inspirasi kepada orang percaya untuk bertanya, Apakah yang dilihat Tuhan, Guru yang suci dalam diri kita tanpa mengira “keterbatasan” kita? Yang penting sekali, Dia melihat diri-Nya. “Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan” (Kejadian 1:27).
Sebagai “pembawa imej” Tuhan yang mulia, apabila orang lain melihat kita, kita sepatutnya mencerminkan Dia. Bagi Abela, perkara yang paling utama ialah Yesus, bukan tangannya atau kekurangan jarinya. Demikian juga kebenaran ini bagi semua orang percaya. “Sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. … Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya” (2 Korintus 3:18).
Seperti Abela, kita dapat menjalani kehidupan melalui kuasa transformasi Kristus (ayat 18), mempersembahkan lagu kehidupan yang menyanyikan kemuliaan Tuhan.