Semasa abang saya, David tiba-tiba meninggal kerana kegagalan jantung, perspektif saya tentang kehidupan berubah secara mendadak. David ialah anak keempat antara 7 adik-beradik dalam keluarga saya tetapi dia yang pertama meninggalkan kami. Kematiannya membuat saya banyak berfikir. Jelas bahawa apabila usia kita semakin meningkat, keluarga kami akan mengalami lebih banyak kehilangan orang tersayang pada masa depan. Ungkapan “selamat tinggal” akan diucapkan sebanyak sapaan “helo.”
Kita tidak harus berasa terkejut terhadap fakta ini. Itulah lumrah kehidupan. Tetapi kesedaran ini merupakan tamparan yang besar bagi emosi kita. Ini memberi makna dan peluang baru bagi setiap saat dalam kehidupan kita. Ia memperdalam harapan kita terhadap pertemuan semula di syurga pada masa kelak, dan kita tidak lagi perlu mengucapkan selamat tinggal.
Wahyu 21:3-4 memperlihatkan kenyataan utama ini, “Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”
Walaupun kita masih perlu kerap mengucapkan selamat tinggal di bumi, tetapi kepercayaan kita terhadap kematian dan kebangkitan Kristus menjanjikan sapaan helo yang kekal di syurga.