Melawan Naga dalam Hidup
Pernahkah anda melawan seekor naga? Jika anda menjawab “tidak”, penulis Eugene Peterson tidak bersetuju dengan anda. Dalam buku A Long Obedience in the Same Direction, dia menulis, “Naga adalah gambaran ketakutan kita, semua perkara ngeri yang mungkin menyakitkan kita … Kita hanya orang biasa yang mudah ditewaskan apabila berhadapan dengan naga agung.” Apakah maksud Peterson? Kehidupan kita dipenuhi dengan naga-naga: krisis kesihatan yang mengancam nyawa, kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba, perkahwinan yang gagal dan hubungan renggang dengan anak. “Naga-naga” ini adalah bahaya yang amat besar dan kelemahan dalam hidup yang kita tidak berdaya untuk melawan seorang diri.
Tindak Balas Kritikal
Kata-kata keras adalah menyakitkan. Jadi rakan saya—seorang penulis yang pernah memenangi anugerah—bergelut untuk membalas kritikan yang diterimanya. Buku barunya telah memperoleh ulasan lima bintang serta memenangi anugerah besar. Kemudian seorang pengulas majalah yang disanjunginya memberi pujian sambil mengkritiknya dengan keras. Dia berpaling kepada rakan-rakannya dan bertanya, “Apakah sepatutnya respons saya?”
Sifat Zax
Dalam salah satu kisah aneh yang ditulis oleh Dr Seuss, dia menceritakan dua watak, “Zax Ke Utara dan Zax Ke Selatan” yang melintasi padang rumput Prax. Apabila mereka bersemuka, kedua-dua Zax enggan memberi laluan. Zax pertama dengan kerasnya tidak mahu bergerak—bahkan sehingga “seluruh dunia tidak bergerak.” (Ironiknya, dunia terus bergerak dan lebuh raya dibina di sekitar mereka.)
Adakah Kita Penting?
Selama beberapa bulan yang lalu, saya berkirim-kiriman surat dengan seorang lelaki muda yang berfikir secara mendalam tentang imannya. Pada suatu ketika, dia menulis, “Kita hanya seorang insan yang sangat kecil dan hampir tidak kelihatan dalam garis masa sejarah. Adakah kita penting?”