Mengapakah saya menulis tentang ayam belanda? Ini kerana saya baru balik dari rumah pondok kecil saya di kawasan pergunungan pada hujung minggu. Setiap hari saya kagum untuk melihat sekawanan besar ayam belanda berarak melintasi beranda saya.
Saya tidak pernah melihat ayam belanda sebelum ini. Ayam belanda mempunyai cakar yang besar dan kuat. Saya tidak pasti sama ada ayam belanda yang mematuk-matuk tanah adalah untuk mencari makanan, sedangkan ini kali pertama saya memperhatikannya. Semak samun yang kurus kering di kawasan itu seakan-akan tidak menghasilkan apa-apa pun. Namun semua ayam belanda di situ adalah padat berisi.
Semasa memerhatikan keadaan ayam belanda yang cukup makan, ia mengingatkan saya tentang kata-kata Yesus dalam Matius 6:26, “Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung?” Yesus menggunakan gambaran ini untuk mengingatkan kita akan penjagaan-Nya. Hidup kita jauh lebih berharga jika dibandingkan dengan burung. Yesus kemudiannya membandingkan kekhuatiran kita tentang keperluan harian (ayat 27–31) dengan kehidupan yang kita harus “utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya (ayat 33). Kita perlu yakin akan pertolongan Tuhan untuk segala keperluan kita. Jika Tuhan boleh mempedulikan ayam belanda liar itu, Dia pasti boleh menjaga anda dan saya.