Membawa Harapan & Menjadi Agen Perubahan
Shalom! Kami telah melancarkan kempen yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu memenuhi keperluan Peribumi Kristian di Sabah & Sarawak. Kami mengajak saudara dan saudari untuk terlibat bersama dalam pelayanan ini agar lebih banyak sumber dalam bahasa Malaysia dan Iban dapat dihasilkan. Klik pautan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini
Cicak di Istana
Ramesh sangat suka memberitahu orang lain mengenai Yesus. Dia dengan berani berkongsi dengan rakan-rakan sekerjanya. Sekali sebulan dia akan kembali ke kampungnya pada hujung minggu dan menginjil dari rumah ke rumah. Usaha ini mula mempengaruhi ramai orang untuk mengikut jejaknya—terutamanya setelah dia menyedari kepentingan mengambil masa untuk berehat dan bersantai.
Pembisik Pokok
Tony Rinaudo merupakan penanam pokok bagi organisasi World Vision Australia (Visi Dunia Australia). Sebenarnya dia juga seorang misionari dan ahli agronomi yang terlibat dalam usaha menyebarkan Injil selama 30 tahun dengan memerangi pembasmian hutan di seluruh Sahel, Afrika, di selatan Gurun Sahara. Sesetengah orang memanggilnya “pembisik pokok”.
Tuhan Mendengar Semuanya
Salah satu penangguhan pos yang paling lama direkodkan dalam sejarah berlangsung selama 89 tahun. Pada tahun 2008, seorang pemilik rumah di United Kingdom menerima surat jemputan untuk menghadiri majlis yang asalnya dikirim pada tahun 1919 kepada bekas penghuni. Surat itu dikirim ke peti suratnya melalui perkhidmatan pos negara, tetapi alasan surat itu terlambat sampai masih menjadi satu misteri sehingga hari ini.
Walau Sekadar Taco
Pasangan suami isteri, Ashton dan Austin Samuelson merupakan lulusan sekolah teologi dengan keinginan kuat untuk melayani Yesus. Bagaimanapun, mereka tidak terpanggil untuk melakukan pelayanan tradisional di gereja. Tetapi bagaimana pula dengan melayani di luar gereja? Sudah pasti ini harus diteruskan. Maka mereka menyatukan panggilan dan kemahiran yang diberikan Tuhan dalam keusahawanan untuk membantu kanak-kanak yang kebuluran di seluruh dunia. Pada tahun 2014, mereka membuka restoran yang menyajikan hidangan taco dan mengoperasinya berdasarkan falsafah “beli-satu-beri-satu”. Bagi setiap hidangan yang dibeli, wang akan didermakan untuk menyediakan hidangan khas dalam memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak yang kekurangan zat dan ini telah menyumbang kepada lebih daripada 6 buah negara di seluruh dunia. Matlamat mereka adalah membantu mengatasi kebuluran kanak-kanak—bermula daripada satu hidangan taco.