Bulan: Januari 2021

Kuat Perkasa

Saybie yang dilahirkan sebagai “micro preemie” (bayi pramatang) pada usia 23 minggu hanya seberat 245 gram. Doktor menjangka Saybie tidak akan hidup dan memberitahu ibu bapanya bahawa mereka mungkin hanya mempunyai 1 jam untuk bersama-sama bayi perempuan mereka. Tetapi Saybie terus bertahan. Kad berwarna merah jambu di sisi katil bayinya tertulis “Kecil tetapi Kuat”. Setelah 5 bulan di hospital, dengan ajaib Saybie pulang ke rumah sebagai bayi sihat yang seberat 2.27kg. Dia mencatatkan rekod dunia: bayi terkecil yang masih hidup di dunia.

Semua Jalan?

“Jangan guna lebuh raya!” Mesej daripada anak perempuan saya terbunyi ketika saya meninggalkan tempat kerja pada suatu hari. Lebuh raya utama yang penuh sesak seolah-olah menjadi tempat letak kereta maya. Saya cuba pergi ke laluan alternatif tetapi setelah mengalami sekatan di jalan lain, saya berputus asa. Oleh sebab terpaksa menunggu sehingga lewat hari untuk meneruskan perjalanan pulang, maka saya memandu ke arah yang bertentangan untuk menghadiri acara sukan yang disertai oleh cucu perempuan saya.

Tuhan yang Berbelas Kasihan 

Malam musim sejuk itu terasa dingin ketika seseorang melemparkan batu besar ke tingkap bilik tidur kanak-kanak Yahudi. Ini disebabkan oleh hiasan bintang Daud serta menorah (kaki pelita yang bercabang tujuh) diletakkan di tepi tingkap untuk meraikan Hanukkah, iaitu Pesta Cahaya orang Yahudi. Di bandar kanak-kanak itu, Billings, Montana, beribu-ribu orang yang kebanyakannya orang Kristian memberi respons terhadap kebencian itu dengan belas kasihan. Mereka memahami kesakitan hati dan ketakutan jiran-jiran Yahudi, maka mereka turut menampal gambar menorah di tingkap mereka sendiri.

Menyenangkan Hati Tuhan

Apabila beberapa pengurus bank senior di Asia ditanyakan soalan kegemaran mereka bagi calon temu duga, salah seorangnya menjawab: “Bagaimanakah anda mendefinisikan kejayaan dan bagaimanakah anda mencapainya?” Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Singapura menerangkan, “Aku ingin memahami motif calon temu duga yang ingin mencapai kejayaan. Ini membantu aku tahu sifat dan nilai pandangannya.”

Menghentikan Kitaran 

David dipukul buat pertama kali oleh ayahnya pada hari jadinya yang ke-7 selepas memecahkan cermin tingkap dengan tidak sengaja. “Dia menendang dan menumbuk aku. Selepas itu, dia meminta maaf. Dia seorang pemabuk yang kasar dan sedihnya aku juga mengulangi tabiat buruk ini. Kini, aku masih mencuba sedaya upaya untuk mengakhiri kitaran ini,” kata David.