“Inilah penderitaan yang lebih menyeksakan daripada kehilangan tempat tinggal, kelaparan atau penyakit,”tulis Maggie Fergusson dalam majalah “The Economist 1843”. Apakah tajuknya? Kesunyian. Fergusson menulis kadar kenaikan kesunyian, tanpa mengira sosial atau status ekonomi seseorang, dengan menggunakan contoh-contoh yang menyedihkan tentang rasanya kesunyian.

Kesakitan disebabkan oleh kesunyian bukanlah perkara baru. Sesungguhnya, kesakitan ini tertera dalam kitab Pengkhutbah. Raja Salomo yang dikatakan sebagai penulis kitab Pengkhutbah, telah menggambarkan kesedihan orang yang tidak memiliki hubungan yang bermakna (4:7-8). Penulis mengesali bahawa seseorang yang memiliki kekayaan mungkin menjalani kehidupan yang tidak bermakna kerana tiada orang menikmati bersama dengannya.

Namun penulis juga menyedari keindahan persahabatan: pencapaian yang lebih besar dengan bantuan kawan jika dibandingkan usaha sendirian (AYAT 9); bantuan sahabat yang tepat pada waktunya (AYAT 10); penghiburan sahabat (AYAT 11); dan perlindungan sahabat dalam situasi yang sukar (AYAT 12).

Kesunyian adalah pergelutan yang besar—Tuhan mencipta kita untuk memberi dan menerima berkat melalui persahabatan dan komuniti. Jika anda berasa kesunyian, berdoa agar Tuhan menolong anda membentuk hubungan yang bermakna dengan orang lain. Sementara itu, yakin dalam kenyataan bahawa orang Kristian tidak akan berasa kesunyian kerana Roh Tuhan sentiasa menyertai kita (Matius 28:20).