Semasa saya membersihkan kebun sebagai persiapan untuk menanam pada musim bunga, saya mencabut serumpun rumpai musim sejuk yang besar … lalu saya terlompat ke udara! Seekor ular kepala tembaga yang berbisa bersembunyi di sebalik semak itu—satu inci lagi saya mungkin memegangnya dengan tidak sengaja. Saya melihat badannya yang berwarna-warni sebaik sahaja mengangkat rumput rumpai itu; sebahagiannya sudah melilit di antara rumpai dan kaki saya.

Ketika kaki saya menginjak-injak tanah untuk melepaskan diri daripada ular itu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya tidak dipatuk. Saya berfikir Tuhan telah banyak kali menjauhkan saya daripada bahaya yang tidak pernah saya ketahui.

Tuhan menjaga umat-Nya. Musa mengatakan kepada umat Israel sebelum mereka memasuki Tanah Perjanjian, “TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas” (Ulangan 31:8). Mereka tidak dapat melihat Tuhan, tetapi Dia tetap bersama dengan mereka.

Kadangkala kita mungkin tidak memahami perkara sukar yang berlaku, tetapi kita juga dapat merenungkan bahawa Tuhan telah banyak kali memelihara kita tanpa kita sedari!

Alkitab mengingatkan kita bahawa penjagaan-Nya yang sempurna dan tetap tersedia bagi umat-Nya setiap hari. Dia sentiasa menyertai kita (Matius 28:20).